Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !

Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !
link : Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !

Baca juga


Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !

KUALA SELANGOR: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) meminta Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dirombak semula dengan memasukkan 3 wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata, langkah itu bagi memastikan sebarang keputusan dibuat syarikat senaraian awam itu dapat diketahui secara terus oleh golongan peneroka dan generasi Felda, selaku pemegang saham terbesar FGV.
Malah katanya, ramai peneroka dan anak-anak peneroka kini terdiri daripada golongan terpelajar dan profesional yang mampu memberikan buah fikiran bernas untuk pembangunan dan pemantapan ekonomi FGV.
“Apa yang merisaukan, apabila pengurusan FGV dilanda kemelut dan tidak sempurna, ia merugikan peneroka di seluruh negara dan menimbulkan perspektif yang tidak cantik oleh masyarakat luar terhadap Felda,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat dan media semalam.
Justeru, katanya, GWGF memohon kerajaan mempertimbangkan penyenaraian wakil Felda sebagai ahli lembaga pengarah FGV demi kelestarian masyarakat peneroka pada masa depan.
Rozali turut menyokong penuh pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV yang baharu untuk menerajui syarikat berkenaan, seterusnya menyelesaikan kemelut yang melanda.
Kemelut FGV mendapat perhatian umum apabila Lembaga Pengarah syarikat mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad serta 3 pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya bercuti bermula 6 Jun lalu.
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim.
Susulan itu juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap syarikat senaraian awam tersebut.


Kerajaan juga melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali bagi menangani kemelut dalaman syarikat berkenaan. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak !

Sekianlah artikel Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rozali: "Ahli Lembaga Pengarah", Felda Global Venture (FGV) Wajar Di Rombak ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/rozali-ahli-lembaga-pengarah-felda_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :