Judul : Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah
link : Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah
Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah
DUBAI: Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya mematahkan satu serangan berani mati ke atas Masjidil Haram di Mekah dengan mengepung seorang penyerang yang meletupkan diri di sebuah pangsapuri.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan disiarkan di stesen televisyen kerajaan berkata, 3 kumpulan merancang serangan ke atas jemaah dan pasukan keselamatan di masjid itu ketika bulan Ramadan mencapai kemuncaknya.
Pasukan keselamatan berbalas tembakan dengan pengebom berani mati itu, sebelum lelaki terbabit meledakkan bahan letupan ketika dikepung di sebuah rumah yang dijadikan pangkalan serangan berkenaan, di tengah kawasan kejiranan Ajyad al-Masafi di Mekah, dekat Masjidil Haram.
Kementerian itu berkata, letupan itu menyebabkan bangunan terbabit runtuh dan mencederakan 6 warga asing serta 5 anggota keselamatan.
Terdahulu, pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki dikehendaki di sebuah lokasi persembunyian militan disyaki di kawasan kejiranan al-Aseelah, di Mekah.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sebuah lagi kumpulan di Jeddah turut tumpas, namun tiada butiran diberikan.
Lima militan disyaki, termasuk seorang wanita ditahan.
Bulan Ramadan dijangka berakhir dengan Umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri esok. Raja Arab Saudi biasanya menghabiskan 10 hari terakhir Ramadan di Mekah.
Al Arabiya menyiarkan rakaman langsung umat Islam menunaikan solat di Masjidil Haram tanpa gangguan.
Tidak jelas siapa merancang serangan ke atas Masjidil Haram, tetapi IS yang ingin menubuhkan sistem “khilafah” berdasarkan undang-undang Islam ketat, pernah melakukan serangan di negara itu.
Pada Mei 2016, pasukan keselamatan Arab Saudi menembak mati 2 suspek disyaki anggota IS di luar Mekah, manakala 2 lagi meletupkan diri di luar Mekah. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah
Sekianlah artikel Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Merancang 'Serang' Masjidil Haram Letupkan Dirinya Di Mekah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/lelaki-merancang-serang-masjidil-haram.html