Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!

Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!
link : Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!

Baca juga


Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!

Aku pelik dengan perangai isteri aku, setiap hari mesej tanya aku dah makan belum tapi bila balik rumah tak ada makanan pun yang dia masak. Memang angin la aku.. Masa tengah baring atas katil aku tergerak hati tengok mesej² di hp… Bila dibaca semua mesej² tu, hanya Allah yang tahu perasaan aku bila……

Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!! | Bila jam 2 lebih saja, mesti isteri WhatsApp saya tanya dah lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama.

“Tak makan, abang sarapan saja,” so, daripada jawapan saya itu, dia tahu dia kena masak.

Jam 7.00 malam, saya sampai rumah. Tetapi yang musykilnya, nasi masih tak terhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas masih dalam cerek.

Dulu tak adalah seperti ini. Tetapi sekarang? Hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena sebab tak mahu kecoh. Saya senduk nasi sendiri, ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.

Bila dah lama sangat begitu, sekali saya tegur dia.

“Awak, abang nak tanya ini. Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya abang dah makan tengah hari ke belum. Tetapi bila abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk abang.

“Sudahlah abang balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi, buatkan air siap-siap,”

Dia hanya tunduk, selepas itu dia minta maaf sebab tidak dapat nak buat semua itu untuk saya selama ini. Dia berjanji, mulai esok dia takkan buat lagi.

Malam itu, dia tidur awal, penat katanya. Saya yang masih belum mengantuk masih membaca mesej-mesej di aplikasi WhatsApp. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.

Lama saya meneliti. Selepas satu, satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengannya. Dan mungkin Allah nak menyedarkan saya bahawa saya telah silap dalam ‘menghukum’ isteri. Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum jam 2, jam yang biasa dia akan bertanya sama ada saya sudah makan atau belum.

“Abang, anak-anak melasak. Seorang pun tak nak tidur ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye?”

“Abang, lengan kanan saya sakit sangatlah. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tidur kot?”

“Abang, kepala saya berdenyut. Mungkin sebab tak cukup tidur,”

“Abang, adik gigit kakak. Kakak pula tarik rambut adik. Dua-dua ni asyik bergaduh saja,”

“Abang, selepas basuh dan jemur baju nanti, saya masak untuk abang ye,”

“Abang, kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu Ideal. Nak buat kuah bread puding,”

“Abang, jam 3 inshaAllah saya masakkan kari untuk abang. Sekrang tengah melayan anak-anak mewarna,”

Allahurabbi, kenapalah saya begitu buta selama ini? Bukankah sebelum itu dia sudah maklumkan pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak? Tetapi dalam sibuk-sibuk itu, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.

“Ya Allah, maafkanlah saya dan rahmatilah dia,”

Dalam hangat air mata itu, saya cium dahi dia dan hantarkan dia sebuah mesej.

“Terima kasih sayang. Maafkan abang,”

Sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua itu. Isteri cuma melayan kita saja. Tetapi bila dia dah buat, jangan banyak mengadu. Ucapkanlah terima kasih dulu dan kalau nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri. – Karyawan Bisu



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rljWyX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!

Sekianlah artikel Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/perangai-isteri-berubah-bila-tengok.html

Subscribe to receive free email updates: