Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah

Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah
link : Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah

Baca juga


Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah

 MALAYSIA DATELINE

Mohd Apandi 1MDB


Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali didesak perlu menyegerakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak susulan pendedahan  terbaharu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB yang berhubungkait dengan Malaysian Official 1 (MO1).

Timbaan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil menjelaskan semua keterangan yang didedahkan DOJ itu sudah diketahui peguam negara sebelum ini sebagaimana hasil siasaaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bahkan beliau turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DoJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.

"Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah Perdana Menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.

"SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor pertuduhan terhadap Perdana Menteri kepada Peguam Negara. Amatlah diharapkan agar Peguam Negara menjaga kepentingan dan maruah negara mengatasi MO1.

"Adalah amat penting untuk Peguam Negara memelihara keluhuran undang-undang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Pendedahan yang dibuat oleh DoJ telah mendedahkan bagaimana wang AS$620juta yang dipulangkan MO1 kepada “penderma”.

" Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.

Faiz Fadzil "Tindakan DoJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami ke mana wang yang telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Fakta adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib Razak dimana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut disahkan Tan Sri Apandi walaupun dikatakan derma.

"Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib Razak juga tidak menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib Razak telah mengesahkan fakta ini," jelasnya.

Hari ini, DoJ telah membantu kita dengan membuat pelbagai pendedahan yang melibatkan penyelewengan MO1 dalam skandal 1MDB yang mana tidak mampu dilakukan oleh institusi penguatkuasa undang-undang negara termasuk Peguam Negara, SPRM mahupun Polis Diraja Malaysia.

Maruah negara hari ini begitu tercalar di peringkat antarabangsa sehinggakan digelar negara kleptokrasi.

Sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Najib Razak.

Malah wang tersebut digunakan untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

Pendedahan ini bukanlah perkara baharu bagi rakyat Malaysia kerana dalam saman 'Civil Forfeiture' tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah

Sekianlah artikel Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/peguam-negara-perlu-segera-dakwa-najib.html

Subscribe to receive free email updates: