Judul : Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya !
link : Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya !
Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya !
PETALING JAYA: Walaupun menerima nasihat rakan sejawatannya dalam Kabinet, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau terlalu tua untuk mengubah gaya politiknya.
“Saya sudah tua, saya berada dalam politik selama 40 tahun. Sudah terlambat untuk mengubah gaya saya.
“Saya selalu macam ini. Saya selalu menjadi pahlawan dan tidak fikir saya boleh berubah pada usia ini,” katanya.
Nazri berkata demikian selepas Rahman menasihatkannya lebih bijak menjawab pertanyaan pemimpin politik lain, terutama yang dikemukakan rakan sejawatan di Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
“Tidak mengapa jika orang mahu mengadu atau membangkitkan isu. Di peringkat persekutuan, kita (perlu) lebih mendengar. Kita tidak boleh menjawab pertanyaan dengan (soalan seperti) awak ‘anak jantan’ atau tidak.
“Beliau bercakap mengenai ‘jantan’ dan ‘betina’ sejak sekian lama. Kita perlu terus mara,” kata Rahman hari ini.
Untuk itu, Nazri berkata, tidak kisah beliau suka atau tidak, yang penting ialah hasratnya iaitu “mempertahankan kerajaan persekutuan, parti dan presiden saya”.
“Gaya itu tetap sama,” katanya.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, jika Karim menemui dan bertanya secara peribadi mengenai cukai pelancongan, beliau akan menjawab dengan cara sesuai.
Sebaliknya, beliau berkata, Karim menyerang dan menuduhnya serta kerajaan persekutuan tidak menghormati hak Sarawak.
“Rahman sepatutnya tahu bagaimana saya jawab soalan di Parlimen. Beliau boleh belajar dengan banyak daripadanya.
“Jika sesiapa tanya saya soalan, saya akan jawab. Tetapi apa yang berlaku (dengan Karim) ialah beliau tidak tanya saya sebarang soalan, beliau hanya membuat tuduhan.”
Bagaimanapun, di sebalik perang mulut antara Nazri dan Karim yang berlarutan beberapa hari, Nazri berkata, semua pihak terlibat, termasuk Rahman perlu tahu beliau bukan orang yang akan menyimpannya dalam hati.
“Rahman sepatutnya tahu, beliau berada dalam Kabinet bersama saya sejak beberapa tahun lalu. Saya tidak pernah simpan sesuatu perkara secara peribadi, dan saya pasti tidak akan berbuat demikian.
“Seperti yang beliau lihat di Parlimen, saya akan berdebat dengan pembangkang, saya boleh berlawan dengan mereka, tetapi akhirnya saya akan duduk bersama mereka.
“Itulah gaya saya. Jadi, Rahman tidak perlu risau, saya tidak mengambilnya secara peribadi. Tetapi saya hanya mahu mengingatkan Rahman, beliau ialah ahli Umno dan ahli Kabinet persekutuan.”
Katanya, itu sebabnya beliau terkejut apabila ahli Parlimen Kota Belud itu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim.
Karim sebelum ini berkata, pelaksanaan cukai pelancongan itu ialah contoh Putrajaya mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa rundingan. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Nazri.
“Anda tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri kelmarin yang menyifatkan Karim menteri “setahun jagung”.
Rahman kemudian mempertahankan Karim menerusi Twitternya dengan berkata, walaupun Karim ialah menteri baru, tetapi beliau ialah “seorang ahli politik Sarawak dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih”.
Nazri seterusnya menyerang Rahman dengan berkata, beliau juga menteri “baru dan tidak berpengalaman” serta tidak perlu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya !
Sekianlah artikel Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nazri Aziz: 40 Tahun Dalam Politik, Terlalu Tua Untuk Mengbah Gaya ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/nazri-aziz-40-tahun-dalam-politik.html