Tempias populariti Tomok

Tempias populariti Tomok - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tempias populariti Tomok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tempias populariti Tomok
link : Tempias populariti Tomok

Baca juga


Tempias populariti Tomok

Dengan adanya teknologi, bukan saja selebriti menjadi tumpuan peminat, tetapi juga anggota keluarga mereka.

Inilah yang dialami anak sulung penyanyi Tomok, Arrianshah Akid, 5, atau Arrian yang turut terkena tempias populariti.

Menurut Tomok, Arrian juga sudah mula menunjukkan minatnya dalam bidang nyanyian dan muzik, namun sebagai bapa dia tidak terlalu menggalakkannya.

Ditanya mengapa dia sendiri yang pernah bergelar penyanyi sejak zaman remaja tidak menggalakkan anaknya terjun ke dalam bidang sama, Tomok ada penjelasannya.

“Saya bermula seawal usia remaja menerusi kumpulan New Boyz. Saya tahu bagaimana kesusahan bergelar anak seni.

“Seandainya dia benar-benar mahu menjadi penyanyi, dia perlu belajar bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya sebagai anak seni,” katanya.

Bagaimanapun, Tomok tidak menafikan bahawa Arrian juga kini sedang mengecap nikmat populariti.

“Saya tak nafikan, Arrian kini sudah bergelar selebriti dan memiliki peminat di Instagram (IG) dan sebagainya.

“Saya memang suka berkongsi video aktivitinya, namun tidak mahu terlalu mendedahkan mengenai kehidupan peribadinya,” katanya.

Tomok juga menegaskan, dia tidak akan membuka akaun Instagram rasmi untuk anak sulung hasil perkahwinannya dengan isteri Siti Rahayu Abas itu.

“Saya tak akan membuka akaun Instagram untuknya. Biarlah apabila dia sudah besar dan bersedia, dia akan buka sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kerjanya sepanjang Ramadan, Tomok memaklumkan dia sendiri memilih untuk memperlahankan aktiviti.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya memang memperlahankan aktiviti seni setiap kali Ramadan.

“Saya banyak meluangkan masa dengan keluarga dan tidak terlalu sibuk. Kalau ada pun aktiviti, kebanyakannya adalah acara amal dan sebagainya yang bersesuaian,” katanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai sambutan Aidilfitri, ia tidak menjadi masalah buat Tomok dan isteri kerana kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur.

“Keluarga saya menetap di Cheras, manakala keluarga isteri pula di Keramat. Jadi, memang tidak ada sebarang masalah untuk pulang beraya.

“Kalau jauh sikit, kami akan pulang ke kampung sebelah ibu saya di Negeri Sembilan.

“Seronok kalau dapat pulang ke kampung kerana perasaannya berbeza berbanding sambutan Aidilfitri di bandar,” katanya.

Terbaru, Tomok kini hadir dengan lagu ketuhanan bersama penyanyi dan komposer, Monoloque.

“Lagu berjudul Cinta Yang Lebih Sempurna ini adalah ciptaan Monoloque. Walaupun bukan lagu sempena Aidilfitri, namun masih sesuai kerana ia berkonsepkan ketuhanan,” katanya.

The post Tempias populariti Tomok appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkVcJh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tempias populariti Tomok

Sekianlah artikel Tempias populariti Tomok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tempias populariti Tomok dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tempias-populariti-tomok.html

Subscribe to receive free email updates: