Judul : Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB
link : Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB
Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB
Orang ramai dinasihati hanya menggunakan khidmat kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah. (Gambar: recomn.com)
Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, umat Islam negara ini pasti sibuk memikirkan cara untuk menceriakan kediaman masing-masing bagi menyambut perayaan yang merupakan hari kemenangan untuk mereka bergembira selepas kejayaan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Bagi segelintir pihak beranggapan berbelanja adalah amalan membazir tetapi segelintir pihak pula tidak sebegitu jika ia dilakukan dengan niat meraikan saudara mara dan rakan yang akan berkunjung ke rumah mereka untuk mengeratkan silaturrahim.
Umat Islam yang berkemampuan, mereka akan memperbaharui hiasan kediaman termasuk melakukan pengubahsuaian ke atas rumah supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Namun, dalam keghairahan menjadikan kediaman lebih ceria, orang ramai dinasihati hanya menggunakan khidmat kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.
ELAK MENJADI MANGSA PENIPUAN
CIDB memberi peringatan pada pemilik rumah agar tidak ditipu atau menanggung kerugian wang, kualiti binaan dan berdepan risiko keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan kontraktor yang tidak berdaftar dengan mereka.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, CIDB ada menerima aduan daripada pemilik rumah yang menjadi mangsa penipuan itu ekoran ketiadaan dokumen perjanjian menyebabkan kontraktor tidak berdaftar melakukan kerja ubahsuai secara sambil lewa dan tidak mengikut tempoh waktu siap kerja yang dipersetujui walaupun wang pendahuluan telah di bayar pemilik rumah.
"CIDB mengingatkan bahawa mana-mana kontraktor yang tidak berdaftar tetapi melakukan kerja-kerja pembinaan dan ubahsuai boleh di dakwa dan apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 di bawah Akta 520," katanya.
STATISTIK KPDNKK
CIDB turut merujuk statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu sebanyak 179 kes pertikaian membabitkan pengubahsuaian rumah dengan nilai tuntutan hampir RM2 juta telah direkodkan sepanjang tahun lalu.
Sehingga April lalu, sebanyak 76 kes pertikaian dari seluruh negara diterima agensi itu membabitkan lebih RM782,000 nilai tuntutan. Justeru, CIDB meminta orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kontraktor berdaftar boleh merujuk laman sesawang CIDB, www.cidb.gov.my.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCkYH2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB
Anda sekarang membaca artikel Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/nak-raya-mesti-buat-dekorasi-rumah-tapi_15.html