Judul : DR M BIDAS SIKAP TAK ACUH AG TERHADAP SAMAN DOJ
link : DR M BIDAS SIKAP TAK ACUH AG TERHADAP SAMAN DOJ
DR M BIDAS SIKAP TAK ACUH AG TERHADAP SAMAN DOJ
Reaksi Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB adalah “menggelikan hati”, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan di blog sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh DOJ adalah aneh memandangkan Malaysia tidak pernah memberikan kerjasama dengan penyiasat asing.
“Tetapi peguam negara diketahui tidak bekerjasama dalam siasatan 1MDB dengan rakan asing. Peguam negara Switzerland telah menyatakan ini dengan jelas.
“Beliau menyatakan ‘walaupun berulang kali (Peguam negara Malaysia) berkata akan bekerjasama dengan mana-mana agensi asing menyiasat skandal 1MDB, (ia) enggan memberikan jawapan kepada permintaan pejabat Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu itu’,” tulis Mahathir .
Beliau merujuk dakwaan berulang kali oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
Apa yang AG harapkan?
Mahathir juga berkata “kekecewaan” Apandi bahawa DOJ gagal memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia adalah tidak berasas kerana tuduhan pengubahan wang haram itu berlaku di Amerika Syarikat.
“Sama ada penjenayah Malaysia atau bukan, adalah tidak relevan. Apakah AG Malaysia mengharapkan untuk masuk campur dalam pernyataan 250 halaman yang telah dikeluarkan?
“Adakah dia mengharapkan bahawa DOJ akan mengisytiharkan pernyataan itu adalah rahsia rasmi, yang akan disembunyikan daripada orang ramai? Adakah dia mengharapkan DOJ mengisytiharkan bahawa tidak ada sebarang salah laku berdasarkan pernyataan itu?
“Adakah dia mengharapkan DOJ akan menyoal ‘Malaysian Official 1’ bagi mengesahkan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana salah laku?
“Adakah dia mengharapkan DOJ menutup kes itu selepas penjenayah yang dituduh telah menafikan dia telah melakukan sebarang salah laku?” soal Mahathir.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMnYpm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel DR M BIDAS SIKAP TAK ACUH AG TERHADAP SAMAN DOJ
Anda sekarang membaca artikel DR M BIDAS SIKAP TAK ACUH AG TERHADAP SAMAN DOJ dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/dr-m-bidas-sikap-tak-acuh-ag-terhadap.html