Judul : Menyanyi Sekadar Hobi
link : Menyanyi Sekadar Hobi
Menyanyi Sekadar Hobi
Mencari populariti bukanlah tujuan utama penyanyi, Najwa Latif menceburi dunia seni suara sejak hampir enam tahun lalu.
Rentetan itu, bintang kelahiran YouTube ini meletakkan soal pelajaran sebagai fokus utamanya di dalam hidup.
“Cita-cita utama saya adalah menjadi pensyarah.
“Menyanyi pula hanyalah sekadar hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tidak sengaja,” katanya pada Kakigosip.
Demi mengejar cita-citanya itu, lulusan dari Universiti Antarabangsa Tun Abdul Razak (Unitar) ini bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.
“Saya baru tamat belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada April lalu.
“Buat masa ini, saya berehat sekejap daripada belajar untuk memberi fokus dalam bidang nyanyian.
“Insya-ALLAH, saya akan kembali sambung belajar pada September nanti,” katanya.
Secara tidak langsung, situasi itu menyebabkan pemilik nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif ini seolah-olah ‘hilang’ daripada radar industri.
“Saya tak kisah jika orang tak ingat nama saya. Apa yang penting, mereka ingat dan terima lagu saya. Itu sudah memadai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kini, Najwa sedang rancak menyiapkan album terbarunya yang akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini,
Menariknya, katanya, album keduanya itu akan menampilkan 10 lagu selain memperlihatkan kolaborasinya bersama kakak, Ika Latif.
“Saya sedang dalam proses rakamkan album kedua. Ada tujuh lagu ciptaan saya bersama kakak dan dua lagu dari komposer lain.
“Kali ini, ada lagu berbahasa Inggeris dan Mandarin. Lagu Mandarin tu sebenarnya lagu Lee Hom dan saya rakamkan semula,” kata Najwa yang teruja bertemu peminat.
Tambahnya lagi, dia menerima respons positif untuk membawa lagu itu dan pada masa sama, penyanyi itu sedang giat mempromosikan single terbarunya, Kamu.
The post Menyanyi Sekadar Hobi appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgBtty
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Menyanyi Sekadar Hobi
Anda sekarang membaca artikel Menyanyi Sekadar Hobi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/menyanyi-sekadar-hobi.html