Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia

Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia
link : Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia

Baca juga


Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia


Talasemia berpunca daripada gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan.

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan. Anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ini bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh merebak melalui darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.


Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi. Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu

Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:

Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Jaundis.
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Tumbesaran terbantut.
Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka.
Rawatan untuk Pesakit Talasemia

Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXvVEP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia

Sekianlah artikel Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biasa Dengar Talesemia, Kenali Apa Itu Penyakit Talesemia dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/biasa-dengar-talesemia-kenali-apa-itu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :