Judul : May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu
link : May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu
May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu
LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, melantik semula kebanyakan menteri semalam, tetapi membawa penyokong Brexit dan saingan parti ke dalam kerajaan untuk cuba menyatukan semula Konservatif selepas pilihan raya melemahkan kedudukannya, beberapa hari sebelum rundingan Brexit bermula.
Pemimpin berusia 69 tahun itu berkata, beliau berusaha mendapatkan pengalaman 'keseluruhan Parti Konservatif apabila melantik Michael Gove, yang berbalah dengan May ketika beliau masih menjadi Setiausaha Dalam Negeri, manakala Gove berkhidmat sebagai Menteri Pertanian.
Ia tindakan mengejutkan kerana Gove dipecat sebagai Menteri Kehakiman oleh May tahun lalu selepas usahanya menjadi pemimpin parti itu memaksa Menteri Luar, Boris Johnson, menarik diri, susulan tuduhan khianat.
Namun selepas kehilangan majoriti di Parlimen pada pilihan raya Khamis lalu, May perlu menyatukan semula parti itu bukan sahaja untuk menyokongnya dalam rundingan Brexit tetapi juga mencapai perjanjian dengan parti Ireland Utara yang membolehkan beliau terus memegang kuasa.
"Apa yang saya lakukan ketika ini sebenarnya adalah meneruskan tugas yang ada. Saya fikir itu yang penting, saya rasa itu yang dijangkakan rakyat.
"Mereka mahu melihat kerajaan menyediakan sesuatu yang pasti dan kestabilan," katanya.
Beliau berkata, apa yang dilakukannya hari ini menyaksikan anggota parti menerima jemputan untuk berada dalam Kabinetnya. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2taL4lP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu
Sekianlah artikel May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel May Bawa Seteru Ke Kabinet Baharu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/may-bawa-seteru-ke-kabinet-baharu.html