Judul : Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri
link : Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri
Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mencadangkan satu mekanisme pengagihan hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai pelancongan mengikut bilangan hotel atau premis penginapan di negeri masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong, berkata sebahagian hasil kutipan berkenaan perlu diberi balik kepada kerajaan negeri, berikutan negeri turut memainkan peranan dalam mempromosi dan merancakkan aktiviti pelancongan.
"Kerajaan negeri berpandangan kutipan cukai pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan menjadi inisiatif yang dapat membantu perkembangan sektor pelancongan negara.
"Ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, negeri Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut melaksanakan cukai sebegini.
"Untuk sama-sama menggalakkan industri pelancongan negara, memang negeri ambil bahagian dan oleh sebab itu, perlu ada satu hasil yang kita (kerajaan negeri) capai kerana itu akan digunakan bagi mengembangkan industri pelancongan negeri yang akhirnya memberi manfaat kepada semua sektor atau penggerak industri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Ramah Mesra bersama Media dan badan bukan kerajaan (NGO) Pelancongan yang diadakan di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Siew Kiong berkata, kerajaan negeri yakin laluan penerbangan terus ke Johor akan meningkat berikutan beberapa destinasi baharu dalam peringkat perbincangan antaranya Korea Selatan, India dan Jepun.
"Bercakap soal perkhidmatan penerbangan, suka saya nyatakan pengguna di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor meningkat daripada 1.99 juta pada tahun 2013 kepada 2.82 juta pada 2016 adalah sangat positif.
"Perangkaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merekodkan bilangan hotel bertaraf bintang di Johor adalah sebanyak 83 unit dengan 8,352 bilik pada tahun 2012 iaitu meningkat kepada 102 unit dengan 10,791 bilik setakat Februari tahun ini.
"Trend pelancongan Johor berada dalam landasan yang positif dan pertumbuhan sektor ini pasti akan membawa banyak manfaat kepada penggerak industri kita," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svUPOy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri
Sekianlah artikel Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Johor Cadang Kongsi Cukai Pelancongan Dengan Negeri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/johor-cadang-kongsi-cukai-pelancongan.html