JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah
link : JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Baca juga


JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Pasukan JDT menegaskan Farizal tetap berada dalam pasukan itu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya menimbulkan cerita sensasi tidak sahih. (Gambar: johorsoutherntigers - Facebook)

Johor Darul Ta'zim (JDT) menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana portal berita dan laman tidak rasmi yang menyebarkan fitnah serta sengaja mensensasikan cerita tidak sahih mengenai pasukan bola sepak itu.

Setiausaha Kehormat Kelab Bola Sepak JDT, Kapten Mohd Fahmy Yahya berkata JDT juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas portal dan laman sesawang yang terus menyiarkan berita tidak benar.

"JDT mengutuk sekeras-kerasnya portal-portal dan laman tidak rasmi yang menyebarkan fitnah dan sengaja mensensasikan cerita yang tidak sahih.

"Pihak JDT juga telah mendapatkan khidmat nasihat dari peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas portal-portal dan laman web tersebut yang terus membuat cerita dan menyebarkan fitnah yang boleh menggugat ketenteraman beberapa pihak contohnya sebaran artikel mengenai seorang penjaga gol dengan kelab JDT.

"Cerita yang tidak berfaedah ini boleh membawa kepada ketidaksenangan orang ramai dan para penyokong serta tanggapan negatif kepada pihak yang terlibat," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam akaun rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan dalam Facebook Johor Southern Tigers turut menegaskan bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol pasukan itu, Farizal Marlias dengan sesiapa.

Ini kerana kata Edwards, Farizal tetap berada dalam pasukan JDT serta meminta orang ramai tidak sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya menimbulkan cerita sensasi tidak sahih.

"Kami ingin tegaskan di sini bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol, Farizal dengan sesiapa kerana Farizal tetap berada dalam pasukan kami. Jangan sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya mahu menimbulkan cerita sensasi yang tidak sahih.

"Tiada penjaga gol baharu dalam perancangan JDT. Ini kerana kami mempunyai dua lagi penjaga gol yang berpotensi tinggi dan bagus iaitu Izham Tamizi dan Muhammad Haziq," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbaek1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Sekianlah artikel JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JDT Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/jdt-mahu-ambil-tindakan-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates: