Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!

Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
link : Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!

Baca juga


Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!

 |Ratu Cantik Kanada Anastasia Lin mempunyai matlamat yang lebih penting daripada memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia di Washington hari ini.

Beliau berhasrat untuk memberitahu kepada dunia tentang aktiviti penjualan organ manusia yang berlaku di China.Sejak dua tahun lalu, Anastasia telah bergiat aktif di dalam gerakan aktivis bagi memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia.

Beliau telah memenangi pertandingan ratu cantik Kanada pada tahun 2015, tetapi tidak dibenarkan bertanding di Sanya, China kerana perjuangannya mendedahkan kegiatan penjualan organ manusia di China tidak disenangi negara tersebut.

Oleh sebab itu, beliau kini diberikan peluang kedua untuk mewakili Kanada ke pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat, hari ini.

Ratu cantik Kanada itu dijadualkan untuk bertanding pada pertandingan ratu cantik dunia di China tahun lalu, tetapi beliau telah dilarang untuk memasuki negara tersebut kerana pendirian beliau memperjuangkan pergerakan Falun Gong yang dianiayai di China.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran yang damalkan sejak tahun 1992. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda.

Namun, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburu, pada 20hb Julai 1999, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), Jiang Zemin telah memulakan penindasan terhadap para pengamal Falun Gong di negara tersebut. Jiang merasakan kuasa politiknya terancam dengan tersebarnya amalan meditasi tersebut.

Para pengamal Falun Gong di negara China kemudiannya didesak supaya menghentikan amalan mereka. Sekiranya enggan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara dan penyeksaan.

Malah, dalam kalangan yang ditangkap, ada yang dikeluarkan organ-organ badan mereka hidup-hidup.

Sehingga hari ini, lebih daripada 4,000 pelatih yang dapat dikenal pasti telah didera sehingga mati. Dan terdapat jutaan lain yang hilang atau mati selepas organ-organ badan mereka dirampas.

Sejak penyisihan beliau tahun lepas, Anastasia telah menarik perhatian ramai. Malah, beliau telah memberikan keterangan di dewan parlimen British dan Eropah tentang penganiayaan yang berlaku di China tersebut.

Menurut beliau, pertandingan ratu cantik dunia memberikan platform untuknya berbicara dan memberikan harapan kepada mereka yang teraniaya.

Sewaktu beliau berusia 13 tahun, Anastasia dan ibunya telah berpindah ke Kanada. Sejak beliau memenangi pertandingan ratu cantik Kanada pada tahun 2015, kerajaan negara China telah memberikan tekanan terhadap bapanya.

Menurut Lin, “sejak tahun lalu, perniagaan ayah saya telah dimusnahkan. Syarikat milik beliau yang dahulunya mempunyai ratusan pekerja kini hanya mempunyai dua orang pekerja sahaja.”

Walaupun hasratnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia pada pertandingan ratu cantik dunia hari ini menjadi tumpuan utamanya, Anastasia tetap gusar memikirkan keadaan ayahnya di China.

Donald Trump merupakan seorang pakar di dalam menyerlahkan kelemahan pihak lawannya. Dan isu yang dibangkitkan Anastasia ini dilihat sebagai kelemahan besar yang cuba dilindungi negara China.

Keterangan Anastasia tentunya akan memberi kesan yang sangat buruk bagi negara China yang selama ini melakukan penganiayaan dan jenayah terhadap rakyatnya itu.

Sumber: Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQzuj9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!

Sekianlah artikel Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/inilah-mengapa-china-tidak-mahu-donald.html

Subscribe to receive free email updates: