Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi
link : Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Baca juga


Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi


PETALING JAYA: Cubaan tiga lelaki untuk menyamun sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Jalan SS6/12 Kelana Jaya di sini, gagal selepas mereka panik apabila penggera keselamatan di situ berbunyi, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengahari itu, tiga suspek yang memakai topi keledar berpenutup gelap masuk ke premis terbabit dengan dua daripadanya memegang objek seperti pistol manakala seorang lagi membawa tukul besi bersaiz besar.

Sumber memberitahu, salah seorang suspek kemudian mengarahkan tiga pekerja wanita dalam kedai emas itu supaya tidak menjerit sebelum mengarahkan seorang daripadanya membuka kunci tempat pameran kaca dari dalam.

"Suspek cuba tarik keluar dulang barang kemas tetapi belum sempat berbuat demikian, penggera keselamatan berbunyi kerana dulang terbabit dipasang alat penderia.

"Kesemua suspek panik dan kelam kabut lari keluar dari kedai terbabit tanpa sempat melarikan barang kemas. Bagaimanapun beberapa saat kemudian, mereka masuk semula ke kedai dan salah seorang memecahkan ruang pameran berhampiran kaunter.

"Penggera terus berbunyi dan sekali lagi kesemua suspek kelam kabut keluar dari kedai emas terbabit dan melarikan diri, dipercayai dengan dua buah motosikal iaitu Yamaha 125Z berwarna biru dan Honda Spacy berwarna merah," kata sumber.

Kata sumber lagi, semakan mendapati salah sebuah motosikal terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala sebuah lagi tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi BH, mengesahkan kejadian itu dan usaha memburu kesemua suspek kini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan rompakan. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgdk9Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Sekianlah artikel Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/gagal-samun-kedai-emas-3-penjenayah.html

Subscribe to receive free email updates: