Contohilah Kawanku

Contohilah Kawanku - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Contohilah Kawanku, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Contohilah Kawanku
link : Contohilah Kawanku

Baca juga


Contohilah Kawanku

Contohilah Kawanku

Terima kasih kalau admin sudi siarkan confession ni. Aku mahu ceritakan kisah benar bekas kawan sekolahku, bestfriendku, semoga dapat menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita semua.

Aku namakan kawanku Tarou. Tarou sekarang berada pada hampir pertengahan usia 20-an nya. Tarou bagi aku seorang lelaki yang sangat unik. Banyak kelebihan yang buatkan aku kagum kepadanya.

Tarou seorang bijak pandai (semua kecuali satu A+ spm nya) ,kacak orangnya (junior atau senior baik lelaki atau perempuan selalu memujinya serta sentiasa ada perempuan yang meminatinya),sangat menghormati orang lain (beliau tidak pernah melintas barisan junior,atau menyuruh junior buatkan apa-apa ), dihormati orang lain (beliau tidak pernah dibuli ,para senior pun tidak sanggup menyuruhnya untuk buatkan sesuatu), sopan pertuturan dan beradab, cool terhadap semua perkara, bercita-cita tinggi (beliau mahu jadi saintis bertaraf dunia) serta tidak merokok.

Selepas tamat zaman sekolah,kami berpisah. Tarou juga selepas beberapa tahun mendapat rezeki belajar di luar negara,sebuah negara yang maju. Namun di sinilah episod gelap dalam kehidupan Tarou bermula. Beliau mula ketagih terhadap satu kegilaan anak muda lelaki Malaysia pada zaman ini,iaitu ketagihan video games. Game itu adalah game yang sangat popular di negara ini,pembaca sudah tentu mampu mengagak.Bagi Tarou,game ini adalah segalanya.

Keputusan demi keputusan exam yang dicapai Tarou,adalah mengecewakan. Beliau mengalami depression yang teruk, tidak mahu keluar rumah,hilang selera makan dan sebagainya. Pada masa ini kulihatTarou kurus kering.Tarou juga tidak suka menceritakan hal peribadi nya kepada orang lain,jadi keluarganya tidak tahu akan keadaan kroniknya.Klimaksnya, pihak penaja sudah tidak mahu membiayai penajaan nya lagi,justeru Tarou menjadi seorang drop out serta pulang semula ke Malaysia.

Tarou menyambung pelajaran di sebuah universiti awam di Malaysia, malangnya Tarou perlu bermula dari kosong semula,iaitu dari diploma kerana pihak universiti tidak menerima asasi persediaan ke luar negara nya (di luar negara peringkat pengajiannya adalah degree).

Aku telah berjumpa Tarou,serta berbincang tentang apakah hikmah yang telah diperhatikan nya atas kesilapan/kesalahan/dugaannya ini?Serta apakah yang dilakukan nya sekarang untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain di sekelilingnya?

Berikut aku kongsikan :-

1)Menghafaz al-Quran
Tarou bercita-cita untuk menjadi hafiz semasa berumur 20 tahun. Beliau menanam cita-cita tersebut semasa beliau berumur 15 tahun.Namun akibat kelalaian serta kemalasan,beliau tidak berusaha ke arah cita-cita itu,walaupun dia sentiasa berdoa untuk cita-cita tu.Tarou berkata,dia merasakan seakan-akan al-Quran lah yang memanggil nya pulang untuk memperingati nya kembali. Dan al-Quran juga memberi semangat kepada Tarou untuk terus hidup di bumi,kerana semasa Tarou mengalami depression,beliau merasakan tidak mahu hidup lagi. Tarou sekarang hanya berharap beliau mampu menghafal 30 juzuk sebelum meninggal dunia. Sejak beberapa bulan yang lalu, Tarou sudah mampu menghafal 5 juzuk.

2)Baca Buku
Tarou sekarang membaca apa-apa saja buku,malahan hobinya sekarang adalah membaca.Tarou meminati semua jenis bacaan, sejarah,agama, politik dunia, kewangan,psikologi, self-help dan sebagainya. Fiksyen novel sahaja yang kurang diminatinya. Di kalangan kawan-kawan kami, Tarou lah yang seperti paling banyak mengetahui akan perkara-perkara ini.Tarou berkata,apabila diperhatikan walaupun ulama-ulama mahupun tokoh-tokoh dunia berlainan agama,budaya,masyarakat serta bangsa, mereka semua ni hanya ada satu persamaan. Iaitu : CINTAKAN ILMU

3) Melatih otak serta memori
Tarou menghabiskan masanya sekurang-kurang nya satu jam sehari untuk melatih otak serta memorinya. Beliau mempelajari satu teknik memori yang sangat berkuasa,iaitu Memory Palace. Aku pasti ramai para pembaca tidak pernah mendengar tentangnya. Inilah teknik yang semua peserta World Memory Championship praktikkan. Disebabkan aku juga tidak arif tentang ini,jadi aku sarankan para pembaca sama-samalah belajar tentang penguasaan memori kita ini.

4) Engineering di universitinya
Akhirnya, inilah yang dipelajarinya di universiti. Walaupun ramai yang mengambil kos yang sama, namun aku pasti semangat juangnya menuntut ilmu adalah jauh melebihi kebanyakan dari kita.Dan keputusan examnya tidak pernah kurang dari 3.9++

Berikut pula pendapat Tarou berdasarkan apa yang berlaku kepadanya.

-semua orang yang ada rasa ujub atau sombong pasti akan menerima balasan (seperti mana yang berlaku kepadanya,kerana over confident dengan kebolehannya apabila berada di luar negara)
-orang yang sombong tidak akan merasai atau perasan rahsia ilmu
-orang yang gagal sepertinya perlu membuat sesuatu yang luar biasa untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain
-Tarou menghadapi musibah ini untuk membuka matanya akan kesusahan yang dihadapi siswazah yang lain (seperti kelaparan,etc)

Kadang-kadang aku juga terasa terpesona. Walaupun sebilangan besar dari kita hanya berfikir tentang pakwe makwe,despacito,atau tentang isu-isu remeh temeh lain,ada orang yang motif kehidupannya menuju ke arah kejayaan dan kemajuan. Oleh itu aku minta pembaca berdoa agar dikuatkan semangat rakanku ini serta kita contohilah mana yang patut.

Tiga

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDAVSe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Contohilah Kawanku

Sekianlah artikel Contohilah Kawanku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Contohilah Kawanku dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/contohilah-kawanku.html

Subscribe to receive free email updates: