Berkat Doa Di Bulan Ramadhan

Berkat Doa Di Bulan Ramadhan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berkat Doa Di Bulan Ramadhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berkat Doa Di Bulan Ramadhan
link : Berkat Doa Di Bulan Ramadhan

Baca juga


Berkat Doa Di Bulan Ramadhan

Berkat Doa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin jika cerita aku disiarkan. Aku intro lah sikit ye. Nama aku Dayana(bukan nama sebenar) dan merupakan pelatih Sl1m tabung haji. Tempat dirahsiakan sebab ramai kawan aku baca page ni. Nanti kantoilah sapa aku. hehehe

Oke, cerita dia macam ni. Kami pelatih sl1im ni dibenarkan duduk di kaunter. Jadinya, setiap tugasan di kaunter tu kami kena buat. Keluar masuk duit, daftar haji apa semua tu(sapa pelatih TH mesti tau). Satu hari ni, macam biasa aku akan kira duit untuk diserahkan kepada pegawai kewangan. Tup tup seribu lagi aku tak cukup. Ya Allah pikiaq punya pikiaq, sampai ke sudah aku tak nampak kat mana aku silap. Pegawai kewangan aku tolong cek satu-satu transaksi aku buat tu pon tak dak masalah. So, aku buat keputusan untuk bayar duit aku sendiri. Seribu kot sapa nak tolong bayarkan.. huwaaa

Bila dah serah duit kat pegawai aku, hati aku jadi sebak. Yala, duit gaji pertama aku kena bagi kt orang. Sapa tak sedihkan. Tahan punya tahan, pecah jugak la empangan aku ni hahaha malu plak aku sebab ada sorang staff perasan..

Sebelum balik tu, ada la depa cakap. I/Allah esok orang tu mai hantar balik. Doa banyak-banyak. Balik rumah tu, aku solat asar. Aku minta Allah tunjukkan kat mana silap aku tadi. Kat sapa aku terlebih bagi tu. Sampaikan setiap solat wajib, aku akan buat solat sunat hajat. Tapi yang peliknya, hati aku tenang ja. Tak da nak serabut pikiaq pasal hal tu. Cumanya aku masih mengharapkan ada keajaiban esok. hehe

Malam tu aku tidoq awal kot. Lepas solat terus aku tertidur. Tetiba, tengah malam tu hujan turun. Lebat giler. Sampai aku terjaga. Terdetik dalam hati aku, hujan-hujan ni Allah makbulkan doa kita. Terus aku bangun dan aku berdoa (ya Allah, tunjukkanlah aku dimana duit tu.. kalau aku terlebih bagi pada orang, Kau lembutkanlah hati dia untuk pulangkan semula..amiinnn).Pastu aku terus tidoq balik.

Lepas sahur pulak, aku istiqfar sampai aku tertidoq. Bukan tidoq betol-betol. Macam qalit tu. Pastu tersedar, istiqfar balik. Dalam perjalanan aku nak ke tempat kerja pon aku istiqfar. Sampailah waktu petang dalam pukul 1 ke pukul 2 macam tu, ada sorang hampa Allah(we call zack) mai jumpa polis bantuan kat tempat aku keja ni (aku namakan dia farhan lah ye) dan bagitau kata kemarin dia ada mai ambil duit kat sini. Semalam dia kira duit tu ada lebih seribu. Terus si farhan ni bagitau aku. Ya Allah gembiranya hati aku ni tak tau nak habaq la. Zack letakkan duit tu atas meja aku dan suruh aku kira balik. Kira punya kira, ada dua ribu. So, aku bagi balik seribu kat zack dan seribu lagi aku simpan. ya Allah ya Allah ya Allah.. Syukur sangat-sangat. Terharu aku, sebabnya satu Allah makbulkan doa aku dan kedua duit tu jatuh pada hamba Allah yang jujur. Thank you so much Zack sebab pulangkan. Sujud syukur aku.

Kesimpulannya kat sini, setiap masalah kita serah pada Allah. Bulan puasa pulak kan. Doalah banyak-banyak. mana tau diantara kalian ada hajat-hajat yang belum termakbul. I/Allah dimakbulkan.

Akhir kalam, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya tak lama lagi. Assalamualaikum.

-Dayana-

dayana

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdvIgY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Berkat Doa Di Bulan Ramadhan

Sekianlah artikel Berkat Doa Di Bulan Ramadhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berkat Doa Di Bulan Ramadhan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/berkat-doa-di-bulan-ramadhan.html

Subscribe to receive free email updates: