Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki

Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki
link : Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki

Baca juga


Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki

Kurang lebih dua minggu umat Islam seluruh dunia bakal meraikan sambutan Aidilfitri.

Namun, bagi yang masih belum mempunyai idea untuk melaram di pagi Syawal nanti, kami himpunkan 5 koleksi terbaik Aidilfitri 2017 daripada pereka tempatan yang patut anda miliki tahun ini.

1) Rizalman

Meraikan sambutan jubli perak tahun ini, Datuk Rizalman Ibrahim menyediakan seleksi terbaik untuk dihimpunkan dalam koleksi khas Zalora. Rizalman mengambil inspirasi daripada pereka couture terkenal dunia dan disuntik dalam koleksi raya kali ini. 

Lipatan lisu dan lapisan fabrik berenda dilengkapi dengan perincinan floral dan kristal Swarovski menambah nilai eksklusif rekaan ini.

Rizalman for Zalora
Harga: RM222 - RM1,589





2) Alia Bastamam

Estetik koleksi Aidilfitri Alia Bastamam tahun ini mengetengahkan gabungan ciri-ciri floral dan geometri Malaysia, Jepun dan China dalam potongan klasik Baju Melayu, kimono, dres empire cut dan kebaya Nyonya. 

Manakala baju kurung tradisionalnya diberikan sentuhan fabrik telus dengan signatur potongan pinggang tergantung yang menjadi ideologi Alia sejak 2013.

Harga: RM549 - RM599



3) Rico Rinaldi

Bertemakan kisah legenda Bawang Putih Bawang Merah, pereka terkenal Rico Rinaldi menyuntik nafas baharu dalam koleksi Summeraya 2017. Menerapkan elemen semulajadi dan permainan warna terkini, Rico Rinaldi mempertaruhkan siluet moden dan glamor.

Sebanyak 24 rekaan disediakan untuk koleksi Rico Rinaldi for Zalora. Kebanyakan baju kurung yang diserapkan dalam rekaan ini membawa signatur lengan dan lengan dengan perincian minimal.

Harga: RM405 - RM529



Manakala, untuk Rico Rinaldi Bespoke pula, Rico menekankan siluet lengan, skirt ruffle dan baju kurung mewah untuk pelanggan setianya.

Harga: RM1,999 - RM3,999



4)  Nurita Harith

Koleksi ready-to-wear raya NH by Nurita Harith mengekalkan signatur draping dan perincian mewah untuk nafas glamor. Helaian klasik baju kurung diperindahkan dengan renda romantis selain diperhalusi dengan siluet ringkas. Nurita tampil lebih kontemporari dan sofistikated, sesuai untuk wanita yang mahukan gaya bersederhana.

Harga: RM589 - RM639



5) Fiziwoo

Bagi yang inginkan gaya yang elegan, Fiziwoo adalah pilihan paling ideal. Tampil dengan inspirasi daripada budaya dan estetika tradisional Malaysia, Fiziwoo menyuntik elemen kontemporari dalam setiap rekaan. Masih kekal dengan signatur siluet sama, pereka duo ini menggunakan alternatif fabrik shantung bagi koleksi terbaharu mereka. 

Bagi koleksi Raya and The City: Chapter 2, rekaan kali ini meluaskan fokus kepada demografi luar Kuala Lumpur.

Harga: RM480 - RM630

Koleksi kedua Fiziwoo fo Pret-A-Porter pula menginterpretasi gaya biduanita Saloma dalam rekaan peplum dan bell sleeve.

Harga: RM399 - RM489

Teks oleh: Amri Hassan



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlrPcs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki

Sekianlah artikel Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/cantik-dan-berbaloi-5-koleksi-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :