PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu

PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu
link : PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu

Baca juga


PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu

Pertarungan dalam pilihan raya umum akan datang adalah pertandingan kalah mati, bukan lagi mementingkan kuota atau pinjam meminjam kerusi

27 Jamadilawal 1440H, Sabtu– “Tak ada guna pinjam meminjam kerusi jika calon diletakkan untuk bertanding tak boleh menang.
“Malah, kalau letak calon daripada MIC bertanding di Cameron Highlands baru-baru ini, pastinya kalah teruk.”
Demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas kenyataan Presiden MIC, S Vigneswaran bahawa parti itu akan mengambil semula kerusi Parlimen Cameron Highlands bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Semalam, Vigneswaran mendakwa kerusi Parlimen itu hanya ‘dipinjamkan’ kepada calon Barisan Nasional (BN) – bukan ahli MIC – bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK), 26 Januari lalu.
“Seperti saya kata sebelum ini, kami meminjamkan kerusi itu kepada BN. Kami dalam BN mempunyai persefahaman mengenai ‘pinjaman’ ini. Walaupun kerusi itu kini dimenangi calon BN Ramli Mohd Nor…Pada PRU akan datang MIC akan bertanding di sana,” kata Vigneswaran.
Pada PRK itu, Ramli mencatat sejarah menjadi wakil orang asli pertama menang kerusi Dewan Rakyat mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti lebih besar apabila memperoleh 12,038 undi.
Calon PH, M Manogaran mendapat 8,800 undi, manakala dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.
Menyifatkan MIC agak keterlaluan, Prof Ridhuan Tee berkata, parti itu sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana masih memberi mandat kepada BN, walaupun calonnya bukan daripada MIC.
“Tidak ada istilah pinjam kerusi dalam PRU, PRK, yang penting calon berkenaan boleh menang atau tidak. Jika dipinjamkan pun, tak boleh menang tak guna juga.
“Jika dikekalkan kerusi tradisi tapi kalah teruk lagi tak guna. Persoalan pokok, boleh menang atau tidak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa sama katanya, MIC tidak perlu kecoh berebut mana-mana kawasan pilihan raya kerana BN pasti akan memberikan kerusi kepada mereka.
“Tapi jika ikut kuota pun, kalau tak boleh menang, letak buat apa? Pertarungan akan datang adalah kalah mati, boleh menang atau tidak. Bukan lagi soal kuota dan pinjam meminjam,” katanya.
Bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, umum mengetahui, tidak ada satu pun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang majoriti pengundinya adalah kaum India.
“Kalau adapun di bawah 30 peratus. Masih lagi minoriti. Bermakna, selama ini undi kepada calon India bergantung kepada ihsan Melayu.
“Sebenarnya saya yakin MIC akan kalah teruk jika bertanding di PRK Cameron Highlands yang lalu,” katanya. - ismaweb 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu

Sekianlah artikel PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU15: MIC usah berangan menang di kawasan majoriti Melayu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/02/pru15-mic-usah-berangan-menang-di.html

Subscribe to receive free email updates: