(PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan

(PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan
link : (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan

Baca juga


(PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan



PAS menyambut baik pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan.
Menyifatkan pelantikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu sebagai tepat, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri pimpinan parti itu.
“PAS yakin pelantikan ini akan memudahkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan pusat, dan sebagai pembuka jalan menyelesaikan masalah bayaran royalti minyak yang tertunggak sekian lama," katanya dalam kenyataan, hari ini.
"Usaha ini diharap dapat memacu usaha pembangunan negeri Kelantan secara langsung, bilamana ia melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebagai Pengerusi bagi menyelaraskan pembangunan," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.
Terdahulu, Amanah Kelantan menggesa pelantikan Azmin dikaji semula, dan meminta ahli-ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersuara berhubung perkara itu.
Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas biro politik Amanah Kelantan, malam tadi.
Beliau berkata jawatan itu seharusnya diberikan kepada menteri daripada Amanah, selaras dengan persetujuan Majlis Presiden PH bahawa negeri itu - beserta Terengganu dan Melaka - diterajui parti itu.
Semalam Malaysiakini melaporkan Azmin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.
MTNg - yang diwujudkan di setiap negeri - adalah platform penyelarasan utama bagi keputusan dasar berkaitan perancangan, pemantauan dan pengesanan perancangan dasar dan projek pembangunan serta intensif semasa kerajaan persekutuan di peringkat negeri.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan

Sekianlah artikel (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (PAN MEROYAN) PAS sambut baik Azmin pengerusi MTNg Kelantan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/02/pan-meroyan-pas-sambut-baik-azmin.html

Subscribe to receive free email updates: