[WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL

[WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL
link : [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL

Baca juga


[WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR: Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’  mulai tahun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.
“Kami akan membuat konsep seperti ‘capsule hotel’ yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.
“Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100,” katanya kepada pemberita ketika wawancara ‘100 hari Datuk Bandar Kuala Lumpur’ di sini, semalam.
Bagaimanapun, Nor Hisham berkata penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.
“Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5juta hingga RM10 juta.
“Kami menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai,” katanya.
Katanya penghuni ‘micro-housing’ dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.
“Kami akan membuka permohonan secara ‘online’ menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi,” katanya.  — BERNAMA


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL

Sekianlah artikel [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [WOW] SEWA Micro-House untuk orang Bujang serendah RM100 SEBULAN - Datuk Bandar KL dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/wow-sewa-micro-house-untuk-orang-bujang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :