[RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK

[RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK
link : [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK

Baca juga


[RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum memuktamadkan kenaikan caj perkhidmatan pembetungan seperti yang dicadangkan, menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar. 

Beliau berkata, kementeriannya masih berbincang dengan semua pihak berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai struktur dan kadar tarif yang baharu. 

“Kajian itu bermula tahun lepas. Kita perlu melalui banyak agensi sebelum boleh berbuat apa-apa mengenai kadar tersebut. 

“Kita belum mencapai apa-apa persetujuan. saya tidak dapat memberi tempoh masa,” kata beliau kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 Wilayah Persekutuan yang dikendalikan dan diselenggarakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) di sini, hari ini. 

Dr Xavier juga mengulangi komitmen kerajaan bahawa sehingga kajian itu selesai, kadar tarif pembetungan akan kekal antara RM2 dan RM8 sebulan untuk semua jenis rumah. 

Kos operasi untuk merawat air kumbahan satu isi rumah sebulan dianggarkan RM20, tetapi tarif itu kekal antara RM2 dan RM8. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), yang mengawal selia IWK, telah mencadangkan penstrukturan tarif tiga tahun lalu berdasarkan penggunaan air dan bukan kadar rata. Kali terakhir semakan tarif dilakukan ialah pada 1986. - Bernama


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK

Sekianlah artikel [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAKYAT MERANA] Kadar Caj Pembentungan Pula Bakal NAIK dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/rakyat-merana-kadar-caj-pembentungan.html

Subscribe to receive free email updates: