Judul : Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik)
link : Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik)
Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik)
(Bernama) — Barisan Nasional (BN) tidak boleh berbangga dengan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hari ini kerana kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengundi PAS.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penyokong PAS merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan majoriti BN di Parlimen Cameron Highlands jika dibandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei tahun lalu.
PAS, yang pada kali ini tidak bertanding, mendapat 3,587 undi menerusi calonnya, Wan Mahadir Wan Mahmud, pada PRU-14 lepas.
**********************************************
Itu ialah analisa penulis Melayu (baca laporan Bernama di atas). Analisa penulis Cina pula berbeza (baca: A Chinese view of what happened in the Cameron Highlands by-election).
Sudah pasti orang Melayu dan orang Cina akan melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Apabila orang Melayu bersatu di bawah semangat ummah, orang Cina pula akan mentafsirnya sebagai memainkan isu perkauman dan agama.
Apa benda pun orang Melayu buat, orang Cina tetap tidak akan bersetuju dengannya. Jadi janganlah kita buang masa mencari satu formula untuk orang Melayu dan orang Cina boleh bersepakat. Selagi orang Melayu menganggap mereka Melayu yang beragama Islam, selagi itulah akan wujud perpisahan diantara orang Melayu dan orang Cina.
Cina hampir 100% sokong DAP
Pilihan raya kecil Cameron Highlands membuktikan yang orang Cina hampir 100% menyokong DAP dan Pakatan Harapan (selagi DAP masih di dalam Pakatan Harapan). Dari jumlah undi yang diperolehi calon Barisan Nasional, 72% datangnya dari pengundi Melayu, 35% dari pengundi Orang Asal, 2% dari pengundi India, dan hanya 1% dari pengundi Cina.
Undi untuk calon DAP (atau Pakatan Harapan) pula, 82% datang dari pengundi Cina, 8% dari pengundi Melayu, 6% dari pengundi Orang Asal, dan 4% dari pengundi India. Tolak ketepi persoalan samada Pakatan Harapan bertambah undi berbanding dengan pilihan raya umum bulan Mei 2018 atau jumlah pengundi yang keluar mengundi merosot tidak timbul. Kita masih tidak boleh lari dari hakikat yang hampir 100% pengundi Cina telah mengundi untuk calon DAP.
Jelas bahawa pilihan raya zaman ini adalah Melayu lawan Cina. Tetapi, sekiranya Melayu masih berpecah, maka Cina akan berkuasa. Dan Cina akan mengguna proxi Melayu untuk berkuasa supaya tidak nampak sangat. Dan ramai orang Melayu yang sanggup menjadi barua Cina demi untuk berkuasa dan kaya.
Pakatan lawan Barisan ialah Cina lawan Melayu
PRK Cameron Highlands telah membuktikan bahawa, apabila Melayu bersatu maka DAP atau pun bukan Melayu mampu dikalahkan. Dan ini ialah trend yang perlu diikuti untuk masa hadapan.
Akan timbul satu situasi apabila Melayu dari Pakatan Harapan pun akan bersatu dengan Umno dan PAS untuk mewujudkan barisan Melayu. Di PRK Cameron Highlands, hanya satu Melayu telah mengundi untuk DAP bagi tiap-tiap 10 orang Cina. Ini jauh berbeza dari bulan Mei tahun lepas.
Pada PRU14, PAS telah memenangi 3,587 undi di Cameron Highlands berbanding dengan 10,307 undi untuk Barisan Nasional dan undi 9,710 untuk Pakatan Harapan. Tak kiralah sekiranya calon Barisan Nasional menang PRK Cameron Highlands disebabkan PAS dan kalau bukan sebab PAS maka Barisan Nasional akan kalah. Ini bukan lagi isu Umno lawan PAS. Ini isu Cina lawan Melayu dan apabila ummah sudah bersatu maka susahlah orang kafir hendak berkuasa.
-Malaysia-today. net
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik)
Sekianlah artikel Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pilihan Raya Zaman Ini Adalah Cina (Bangsa DAP) Lawan MELAYU (Muslim + orang baik-baik) dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/pilihan-raya-zaman-ini-adalah-cina.html