Judul : Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH
link : Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH
Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH
Menurut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Muein Abadi, ini kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno (berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre) untuk menguasai majoriti di Parlimen.
“Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta. Undi Pas dalam PRU14 lalu ialah 2.04 juta,” katanya menerusi satu kenyataan.
Jelasnya, usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan Umno-Pas berdasarkan pola undi popular dalam PRU14 lalu.
“Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Parti Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.
“Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk,” katanya.
Katanya, demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.
Jelasnya lagi, penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman Pas-Umno menjelang PRU15.
“Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka,” katanya.
Katanya lagi, Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama Umno-Pas. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.
Jelasnya, dengan timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian PH – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (PKR Anwar).
Dalam pada itu, tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ ,sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan, bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.
“Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan Pas-Umno sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.
“Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor dan Johor,” katanya.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH
Sekianlah artikel Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pensyarah UKM: Kerjasama Pas-Umno akan kalah kan PH dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/pensyarah-ukm-kerjasama-pas-umno-akan.html