VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri

VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri
link : VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri

Baca juga


VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri


10 Rabiulawal 1440H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan semula jawatan Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, Kabinet yang diterajui Dr Mahathir tidak memerlukan menteri perpaduan yang berusaha menghapuskan hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menegaskan, Waytha Moorthy tidak layak menjadi menteri yang bertanggungjawab memelihara perpaduan, sedangkan dia berusaha mencetuskan ketegangan kaum dan agama menerusi usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Dr Mahathir patut buang dia daripada Kabinet kerana tidak layak menjadi menteri perpaduan, sedangkan dia menimbulkan pelbagai ketegangan kaum dan agama,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Desakan itu susulan kenyataan Waytha Moorthy menerusi satu video temubualnya bersama media Belanda tujuh tahun lalu, yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Menerusi video berdurasi lebih dua minit berkenaan, Waytha Moorthy yang ketika itu Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menyatakan bahawa Malaysia melanggar hak asasi manusia kerana tidak menerima layanan sama rata sebagai rakyat di negara ini.
Waytha mendakwa, kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula daripada hak beragama, termasuklah kononnya kebanyakan penganut agama Hindu dipaksa untuk menukar agama jika mahu bekerja dalam jabatan kerajaan dan untuk mendapatkan tajaan biasiswa.
Video itu jelas bahawa dia (Waytha Moorthy) memberikan fakta yang salah dan memburuk-burukkan kerajaan.
“Malah, ia jelas bahawa pengesahan ICERD yang sedang diperjuangkan dia hari ini, adalah bertujuan untuk mencapai agenda menyamaratakan semua kaum dan agama, sekali gus menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan seperti mana yang dinafikannya sebelum ini,” kata Aminuddin.
Serentak itu, Aminuddin sekali lagi mencabar menteri perpaduan berkenaan untuk berdebat secara terbuka jika berani mempertahankan kenyataan kononnya Perkara 153 tidak terjejas apabila ICERD disahkan.
“Hakim, ahli akademik, pengamal undang-undang dan semua pihak menyatakan secara tegas bahawa ICERD akan menjejaskan Perkara 153, tetapi kenapa ia masih perlu dinafikan oleh Waytha Moorthy.
“Kita percaya, ini adalah strategi halus untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap agenda licik mereka,” katanya.
Sebelum ini, Waytha Moorthy menafikan dakwaan meratifikasi ICERD akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan, sekali gus menyifatkan ia satu pembohongan.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengesahan ICERD dengan pengecualian, tidak akan memberi sebarang kesan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam apa jua cara,” katanya.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri

Sekianlah artikel VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/video-pm-patut-pecat-waytha-moorthy.html

Subscribe to receive free email updates: