Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat

Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat
link : Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat

Baca juga


Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat


KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bimbang dengan tindakan segelintir pihak yang mahu mengubah landskap sosial politik negara melalui dasar kesaksamaan Barat.
Baginda bertitah, konsep acuan Barat itu cuba dibawa pihak tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira keunikan, kepelbagaian, kesucian agama Islam, sensitiviti rakyat dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negara ini. 
“Hari ini ada rakyat mahu mengubah landskap sosial politik (negara) yang unik ini melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.
“Dasar ini dirangka orang asing yang tidak mengambil kira keunikan dan kepelbagaian masyarakat di negara ini,” titahnya sempena majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
TENGKU Abdullah (tengah) beramah mesra bersama penerima anugerah Maulidur Rasul pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang, di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Tengku Abdullah turut menggesa semua rakyat mengelakkan pertelingkahan dan sentiasa menghormati serta menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa.
Titahnya, ini kerana Malaysia dibina atas persetujuan, persefahaman dan dasar kompromi sosio politik unik yang diperkenan Raja-Raja Melayu bagi membentuk Malaysia yang merdeka.
“Perkara ini dinyatakan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dasar kompromi ini dipersetujui semua kaum yang mana menjadi tunjang utama kepada perpaduan dan keharmonian negara,” titahnya.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut mengingatkan pemimpin mencontohi keperibadian dan corak pemerintahan Nabi Muhammad SAW dalam pentadbiran masa kini yang sentiasa menyantuni ummah tanpa mengira bangsa dan darjat.
“Saya yakin jika pemimpin masa kini mencontohi keperibadian baginda Rasulullah nescaya negara akan terus makmur dan Islam akan sentiasa terpelihara,” titah nya. - BH


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat

Sekianlah artikel Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah BIMBANG ada pihak mahu ikut Barat dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/tengku-abdullah-bimbang-ada-pihak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: