Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN

Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN
link : Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN

Baca juga


Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 orang pelajar dari pelbagai universiti awam berarak dari Universiti Malaya (UM) ke Parlimen hari ini bagi membantah jadual pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2019.
Kumpulan tersebut, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), tiba di pintu gerbang Parlimen pada 12.50pm tetapi dihalang masuk oleh polis.
Presiden Gamis Muhammad Faizzuddin Mohd Zai kecewa tidak dapat bertemu Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
“Kami mahu beritahu Maszlee yang beliau seorang hipokrit,” katanya. “Beliau bercakap mengenai demokrasi tetapi dia minta kami tunggu di tepi jalan,” katanya kepada pemberita.
“Ya, kami bukan seperti syarikat-syarikat besar yang boleh melobi kerajaan. Kami pelajar daripada segmen miskin dalam masyarakat dan akan menjadi miskin kerana gaji kami secara automatik diambil untuk membayar hutang PTPTN secara paksa.”
Kumpulan tersebut antara lain disertai pelajar daripada UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Faizzuddin juga menunjukkan kira-kira kos hidup bagi lepasan universiti yang berpendapatan RM1,000, mengatakan mereka akan berhutang RM400 setiap bulan.
Kira-kira itu, bersama memorandum yang menjelaskan bagaimana keputusan kerajaan itu akan membebankan para lepasan, diserahkan kepada pegawai khas Maszlee, Abdul Hannaan Khairy.
Sebelum ini, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan mengumumkan tabung itu tidak boleh membenarkan peminjam hanya mula membayar pinjaman apabila gaji mencapai RM4,000 sebulan, yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
Beliau berkata mereka tiada pilihan kerana tabung itu menanggung kira-kira RM40 bilion hutang peminjam bermasalah. Jika rancangan itu diteruskan, pelajar lain di masa depan tidak boleh mengambil pinjaman, katanya.
Dala m Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan jadual pembayaran balik bagi PTPTN dengan cara potongan gaji antara 2% hingga 15% terpakai kepada peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan.
Faizzuddin berkata Gamis akan membincangkan rancangan seterusnya dengan pihak berkepentingan jika menteri tidak memberikan respon.
Beliau berkata mereka mungkin berarak dari UKM ke Putrajaya. - fmt


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN

Sekianlah artikel Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar berarak ke Parlimen bantah jadual bayaran PTPTN dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/pelajar-berarak-ke-parlimen-bantah.html

Subscribe to receive free email updates: