Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan]

Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan] - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan]
link : Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan]

Baca juga


Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan]

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang mengenakan cukai kemewahan terhadap golongan kaya di negara ini bagi menggelak kejutan terhadap  pasaran modal dan kewangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan kini dalam proses memulihkan kedudukan fiskal defisit yang dihadapi negara dan sebarang pengenalan cukai sedemikian seperti cukai keuntungan modal dikhuatiri  akan menjejaskan usaha tersebut.  

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Cukai untuk mengkaji cukai-cukai yang akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019.



Bagaimanapun, katanya, cukai kemewahan tidak diketengahkan setelah ia mendapat maklum balas daripada beberapa pihak termasuk Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan.

“Ini berikutan kebimbangan pulangan yang diterima oleh kerajaan tidak akan seimbang dengan kesan impak negatif terhadap pasaran modal dan juga kedudukan kewangan.

“Oleh itu, jika langkah itu dijalankan dalam keadaan fiskal yang agak mencabar ini, ia juga akan merupakan satu kejutan kepada pasaran modal dan kewangan,” kata Lim menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hassan dan Kiandee bertanya kepada Lim kenapa kerajaan tidak mahu mengenakan cukai kemewahan kepada golongan kaya sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

Lim berkata cukai sedemikian juga tidak dikenakan oleh negara-negara jiran.

Saya fikir apa yang kita patut buat sekarang ialah kita jangan terlalu ghairah sehingga kita kejutkan sistem secara keseluruhan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga telah menyasarkan tempoh tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal dan kewangan negara, sekali gus meletakkan semula Malaysia ke landasan yang betul.- Bernama


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan]

Sekianlah artikel Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan? [Si Kaya DISAYANGI, Si Miskin Diabaikan] dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/orang-kaya-tak-dikenakan-cukai.html

Subscribe to receive free email updates: