Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu

Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu
link : Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu

Baca juga


Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu


DAHULUNYA, terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang duduk kerajaan ketika itu.

Awal kemunculannya operasi mereka hanya 20 orang meningkat ratusan dan Ribuan serta bayaran diberikan lebih RM3,000 sekepala.

Hari ini, adakah mereka lebih besar? 

Lebih bahaya? Menggunakan modus operandi yang berbeza dan menerima bayaran yang lebih lumayan?

“Sekarang masih wujud. Tidak guna nama lain tetapi wujud dalam keadaan yang jauh lebih bijak, terancang, lebih tersembunyi, bersatu dan jauh lebih bahaya,” kata bekas Setiausaha Kebangsaan Eksekutif Pemuda DAP, Shen Yee Aun yang mengetahui kewujudan dan operasi RBA sewaktu bersama DAP dahulu.

Beliau yang juga penganalisis dan strategis sosial media dan komunikasi politik berkata, falsafah kewujudan RBA harus digeruni kerana mereka lebih teratur dan membuat kerja walau tidak ditaja.

Pada PRU14, Yee Aun berkata, fokus tentera maya itu lebih terarah kepada golongan muda yang tidak minat politik dan mewujudkan personaliti siber.

“Golongan ini sangat bahaya sebab setiap personaliti siber itu ada kepakaran dalam bidang tertentu. Ada penyokong yang membuatkan mereka mampu mempengaruhi minda, emosi, mengikut strategi dan agenda yang disusun oleh DAP.

“Pertempuran seperti ini adalah jauh lebih susah sebab jauh lebih tersembunyi. Jauh lebih gelap. Seolah-olah tak ada RBA lagi. Itulah bahayanya,” katanya.

Red Bean Army Gugat Keamanan Malaysia 

Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Sebelum ini Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kegiatan tentera siber itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Menurut beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina.
Beliau mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta.
Pasukan berkenaan yang sebelum ini berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP.
Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu. 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

6 TEKNIK SERANGAN "RED BEAN ARMY" LEBIH BAHAYA DARIPADA PENGGANAS KOMUNIS!!!


Penipuan
Salah satu teknik serangan Red Bean Army dalam alam siber adalah mengaplikasi penyebaran penipuan demi mencapai matlamat mereka. 
Psikologi
Serangan psikologi Red Bean Army adalah untuk membangkitkan segala emosi masyarakat Malaysia. Emosi kemarahan timbul apabila terdapatnya fitnah berlakunya ketidakadilan dalam Pilihan Raya 13. Emosi ketakuatan dicetuskan apabila seolah – olah LYNAS itu adalah loji nuklear. Emosi kebencian dibangkitkan apabila digambarkan bahawa UMNO menindas masyarakat Cina. 
Provokasi
Red Bean Army akan melancarkan serangan provokasi terhadap sesiapa sahaja lawan mereka di alam siber. Mangsa – mangsa Red Bean Army akan dilabel sebagai anjing , pengkhinat Cina , pelbagai kata – kata kesat ,  pelacur dan pelbagai lagi perkataan yang tidah senonoh dalam konteks budaya masyarakat Malaysia. 
Perang Saraf
Perang Saraf yang dilancarkan adalah demi untuk melemahkan semangat mental dan emosi sesiapa sahaja yang dianggap memiliki kuasa pengaruh dalam masyarakat yang melawan mereka. Teknik ini adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja yang memiliki pengaruh dalam masyarakat agar tidak akan berani tampil ke hadapan melawan mereka.
Propoganda
Definisi propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Propaganda sering memilih fakta-fakta menipu melalui penyingkiran untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan reaksi yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik. 
Perpepsi
Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan juga sangat berbahaya dalam operasi Red Bean Army. Persepsi seperti hanya Barisan Nasional sahaja yang terlibat dalam rasuah dan kesemua rasuah dalam Pakatan adalah ciptaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan segala skandal yang melibat beberapa pemimpin Pakatan adalah taktik kotor Barisan Nasional sedangkan realitinya adalah skandal yang sebenar. Persepsi penjenamaan seperti MCA adalah anjing kepada UMNO, UMNO merupakan sebuah parti yang anti Cina, Barisan Nasional adalah zalim dan jahat dan pelbagai lagi persepsi yang amat berbahaya berjaya dirancang dengan amat teliti oleh Red Bean Army sehingga terpahat dalam masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya. Keadaan ini akan menyebabkan segala kebenaran kesilapan dan kelemahan Pakatan akan dianggap sebagai palsu dan segala fitnah yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional akan dipercayai sebagai benar.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu

Sekianlah artikel Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/ketahuilah-red-bean-army-makin-kuat.html

Subscribe to receive free email updates: