Judul : (INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San
link : (INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San
(INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San
9 Rabiulawal 1440H, Sabtu– Kaum bukan Melayu tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Low Yong San.
Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya memahami fakta sejarah politik negara terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu konvensyen antarabangsa berkenaan.
Beliau menegaskan, ada dua fakta yang kaum bukan Melayu harus faham, iktiraf dan hormati sebelum menuntut kerajaan meratifikasi ICERD.
Pertama, katanya, sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu diberi kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British ke atas Tanah Melayu lagi, negara sudah diperintah oleh Raja-raja Melayu, malah British terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu untuk meligitimasikan penjajahannya.
“Sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu memperoleh kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British di tanah Melayu, satu sistem pemerintahan moden yang berpaksikan kepada Raja-raja Melayu telah diasaskan di negeri-negeri Melayu di Malaya.
“Kerajaan kolonial British juga terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu, sama ada secara sukrela atau paksaan, untuk meligitimasikan penjajahan British di Malaya,” katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut Yong San berkata, fakta kedua yang perlu dihadam ialah sepanjang pemerintahan British, mereka telah mengiktiraf kedudukan sah Raja-Raja Melayu, malah turut mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia.
“British juga telah mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu sebagai penduduk asal (Bumiputera/Peribumi) serta melaksanakan sistem politik dan pemerintahan yang bertunjangkan kaum Melayu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, agak mengejutkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang menyokong dan berkehendak agar ICERD diratifikasi.
Justeru beliau berkata, sebagai langkah menghentikan polemik ICERD, Majlis Raja-Raja boleh membuat kenyataan atau menyatakan pendirian rasmi berhubung isu ini.
Terdahulu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.
“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.
“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum Bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel (INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San
Sekianlah artikel (INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (INI CINA BAIK, EDUCATED) Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/ini-cina-baik-educated-bukan-melayu.html