Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)

Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati) - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)
link : Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)

Baca juga


Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)


KUALA LUMPUR: Hukuman mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja adalah antara 32 kesalahan yang akan dipertimbangkan untuk dimansuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata pemansuhan hukuman mati kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia itu turut terpakai kepada kes kematian bayi berusia 11 bulan, Jumaat lalu.
“Akta dimasukkan (dalam langkah pemansuhan ini) termasuk Kanun Keseksaan Seksyen 302, iaitu pembunuhan yang mana terikut dengan semua akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman gantung mati.
“Ini termasuk kepada kes yang disebutkan Yang Berhormat, keputusan berkenaan dibuat Jemaah Menteri pada 10 Oktober.
“Setakat ini, kertas memorandum (berhubung langkah pemansuhan hukuman gantung) masih dalam edaran di semua kementerian bagi mengambil kira pandangan orang awam dan pihak berkaitan.
“Ia bagi memastikan keputusan menyeluruh dicapai,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Takiyuddin membangkitkan pertimbangan kerajaan sama ada masih mengekalkan usaha pemansuhan hukuman mati terhadap pelaku jenayah bunuh dengan sengaja, rompak dengan bunuh dan rogol dengan bunuh, selain terhadap dalang kes kematian membabitkan bayi.
Jumaat lalu, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal, dilaporkan meninggal di Hospital Serdang selepas dua hari berada dalam keadaan tenat sebaik dibawa mendapatkan rawatan, dipercayai didera suami pengasuh.
Menjawab soalan asal Dr Kevin Yii Lee Wuen (PH DAP-Bandar Kuching) berhubung pendirian kerajaan untuk memberi pengecualian pemansuhan hukuman mati terhadap pelaku kes bayi Zara, Vui Keong, berkata insiden itu masih dalam siasatan polis.
“Sebaik selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pendakwa raya yang akan akan meneliti semua keterangan sebelum membuat keputusan sama ada suspek terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang.
“Dalam hal ini, kerajaan mengambil maklum semua pandangan yang dikemukakan pelbagai pihak,” katanya. - BH


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)

Sekianlah artikel Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati) dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/adakah-membunuh-itu-hak-asasi-mansuh.html

Subscribe to receive free email updates: