Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak

Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak
link : Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak

Baca juga


Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak

Tan Sri Harussani akui pernah tegur ramai pimpinan negara termasuk Dr Mahathir, isteri Najib

IPOH,  22 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan golongan ulama supaya berani menegur pimpinan kerajaan tanpa perlu rasa takut.
Beliau berkata, teguran yang diberikan adalah tanggungjawab dan menjadi peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.
Kerajaan dengan ulama dia kekal, kalau kerajaan nafikan ulama akan gagal. Namun, keberanian untuk menegur adakah berani atau tidak? Takut kena buang kerja dan sebagainya.
“Bagi saya, tak perlu takut. Apa yang hak, saya tegur. Saya pernah menegur pimpinan negara seperti Yang Dipertua Negeri, Negeri Sembilan ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong dahulu.
“Selain itu ada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri yang mahukan semua pihak kembali kepada al-Quran, beliau menyokong dan mengakui saranan itu perlu diberi perhatian.
Bagaimanapun katanya, untuk memahami al-Quran perlulah dipelajari, bukannya ditafsir mengikut kefahaman sendiri.
“Kalau kata kembali kepada al-Quran, menteri Melayu kena ambil tahu. Masalahnya, bolehkan difahami kerana al-Quran bukan ditafsir begitu sahaja. Maksudnya lain. Ia ditafsir dengan Hadis, kalau ambil al-Quran tak boleh faham sendiri.
“Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW terangkan. Sahabat bangsa Arab pun tak faham bila Nabi terangkan, apatah lagi kita. Itu namanya tafsir yang bawa keluar hadis. Siapa yang mentafsirkan al-Quran dengan pemikirannya itu salah,” katanya


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak

Sekianlah artikel Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/ulama-mesti-berani-tegur-pimpinan.html

Subscribe to receive free email updates: