RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM

RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM
link : RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM

Baca juga


RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM



Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah 'merompak' bayaran balik GST.
Beliau berkata siasatan dalaman - seperti yang dicadangkan Lim - tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu.
"Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.
"Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim," katanya di Twitter, hari ini.
Dua hari lalu, Lim ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN 'merompak' bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.
Beliau sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST. - mk
Ketika menjawab balasan seorang pengguna Twitter, Khairy berkata laporan itu juga akan dibuat terhadap menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan kemudian, beliau berkata akan membuat laporan pada pukul dua petang ini di ibu pejabat polis daerah Sentul.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM

Sekianlah artikel RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM18b wang GST 'dirompak': Khairy akan buat laporan polis, SPRM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/rm18b-wang-gst-dirompak-khairy-akan.html

Subscribe to receive free email updates: