MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP

MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP
link : MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP

Baca juga


MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP


BANGI, 29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur parti perkauman MCA supaya tidak terlalu sombong menggunakan logo sendiri untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 September depan.
Beliau yang juga bekas ahli seumur hidup MCA berkata, selama ini kemenangan parti itu dalam pilihan raya hanya bergantung kepada undi Melayu dan UMNO semata-mata.
Majoriti Cina takkan undi MCA. Jadi pada saya, MCA tak perlu bertanding PRK Balakong kalau tidak mahu hilang deposit. Sebab MCA memang takkan menang. Buat habis beras saja.
“Saya cadangkan, duit yang MCA nak gunakan untuk bertanding dan berkempen itu diberi kepada ibu tunggal. Ada juga faedahnya daripada hilang terus wang deposit,” katanya kepada Ismaweb.net.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA, Liow Tiong Lai bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri dalam PRK Balakong, sekaligus menolak untuk menggunakan logo Barisan Nasional (BN).
Tiong Lai berkata, jawatankuasa pusat parti itu telah membuat keputusan untuk menentukan halu tuju sendiri dalam pilihan raya berkenaan.
Ridhuan Tee yang juga Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, MCA perlu sedar diri dan jangan bercakap sedap mulut kerana parti itu pernah jadi kuat dengan bantuan sekutunya, BN.
Jangan terlalu sombong kata tak mahu guna logo BN. Guna logo sendiri lagi kalah teruk sebenarnya. Jika UMNO tak undi MCA, makin ‘terpelecok’ MCA.
“Jika UMNO tak undi MCA, nak harapkan siapa undi mereka? Jika BN dah jadi sejarah, MCA lepas ini pun  akan jadi begitu. Jadi , jangan bercakap dan terlebih-lebih sindir BN seolah-olah MCA kuat, sedangkan hakikatnya MCA apa pun tak ada,” katanya.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP

Sekianlah artikel MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA lupa diri, selama ni harapkan undi Melayu, Cina undi DAP dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/mca-lupa-diri-selama-ni-harapkan-undi.html

Subscribe to receive free email updates: