Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi

Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi
link : Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi

Baca juga


Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi

Seorang pemimpin PKR mendakwa Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, antara pihak cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8 Malaysia.
Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, disebabkan itu senarai pilihan atau “cai” yang diketuai Rafizi Ramli diwujudkan bagi mengelakkan pengkhianat dan kumpulan kartel menguasai pucuk pimpinan parti serta menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
Kita tahu kebelakangan ini banyak pihak cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
“Ya, kita tahu mereka bersekongkol dengan mereka yang menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sebut terang-terang Tun Daim Zainuddin.
“Peranan beliau untuk memastikan kalau kita tidak pilih Rafizi Ramli hari ini (sebagai timbalan presiden PKR), sudah tentu sukar Datuk Seri Anwar (menjadi) perdana menteri,” katanya dalam jelajah “Debat Reformasi 20 Tahun” di Negeri Sembilan, malam ini yang turut dihadiri Rafizi.
Sehubungan itu, Sani yang juga ahli Parlimen Kapar menggesa ahli PKR memilih pasukan Rafizi dalam pemilihan parti akan datang.
“Jangan ada halangan untuk angkat Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri. Tiada pilihan, Rafizi yang akan kita nobat menjadi timbalan presiden PKR dan ikuti 4 naib presiden.
“Kenapa perlukan gabungan ini? Sebab kita tidak mahu ada pengkhianat, penjenayah ini duduk dalam pimpinan tertinggi.
“Siapa yang mahu kita angkat? Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari Abdul, William Leong dan S Kesavan, pilihan lain tidak ada untuk pastikan tiada kacau bilau dalam pentadbiran Anwar.”
Sani turut mengkritik kumpulan kartel dalam PKR tanpa menyebut menamakan sesiapa.
“Allah tidak akan ubah nasib kaum itu, kalau kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka, yang baik dari Allah, yang tak baik dari mereka yang menyokong kartel.”
Sementara itu, katanya, keputusan menyokong Rafizi sebagai timbalan presiden PKR kerana bekas ahli Parlimen Pandan itu lebih baik daripada penyandang, Datuk Seri Azmin Ali.
Berikut pasukan Rafizi yang akan merebut jawatan tertinggi PKR:
Calon naib presiden:
  • Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
  • Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
  • William Leong (Ahli Parlimen Selayang)
  • S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)

Calon ketua Wanita:
  • Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

Calon timbalan ketua Wanita:
  • Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)

Calon ketua Pemuda:
  • Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Calon timbalan ketua Pemuda:
  • Raymond Ahuar (Ketua Pemuda PKR Sabah)

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
  • Datuk Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kapar)
  • Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
  • Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang)
  • Dr Idris Ahmad (Adun Ijok)
  • Wong Chen (Ahli Parlimen Subang)
  • Lee Chean Chung (Adun Semambu)
  • June Leow (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
  • G Manivannan (Adun Hutan Melintang)
  • R Summugam (Adun Bukit Selambau)
  • Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)
  • Datuk Abdul Halim Hussain (Adun Batu Maung)
  • Bun Lai (Ketua Cabang PKR Klang)
  • Mohamad Imran Abd Hamid (bekas ahli Parlimen Lumut)
  • Dr S Streram (PKR Rantau)
  • Dr Zaleha Ismail (PKR Johor)
  • Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
  • Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna)


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi

Sekianlah artikel Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/kita-perlu-halang-cubaan-daim-jatuhkan.html

Subscribe to receive free email updates: