Judul : Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy
link : Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy
Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy
Jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke 14
KUALA LUMPUR 11 Okt 2017 (SEBELUM PRU-14) - Selepas Datuk Zaid Ibrahim bersuara mengenai kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, hari ini muncul seorang lagi pemimpin parti itu, Prof. Dr. P. Ramasamy yang senada menyokong Penasihat DAP tersebut menerajui kepemimpinan negara jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan kedua-dua pemimpin itu mencerminkan hasrat DAP yang sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.
Ramasamy yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, pemimpin yang paling layak untuk dipertimbangkan memegang jawatan Perdana Menteri ialah Kit Siang kerana berdasarkan sejarah dan pengalamannya dalam politik negara.
“Beliau (Kit Siang) menghabiskan bertahun-tahun berjuang untuk demokrasi dan keadilan dengan mengorbankan hidup sendiri dan juga ahli keluarganya, malah dipenjarakan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana politik.
“Daripada semua pemimpin parti politik, orang yang paling bersikap rendah diri ialah Kit Siang, beliau adalah calon utama perlu dipertimbangkan untuk jawatan nombor satu negara ini, sama ada beliau mahu atau tidak memegang jawatan tersebut, ia perkara yang berbeza,” katanya dalam kenyataan seperti yang disiarkan portal Berita Daily hari ini.
Semalam, Zaid menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai Perdana Menteri adalah satu idea yang bernas.
Menurut beliau, jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mungkin cadangan untuk menjadikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri bukan cadangan yang buruk.
Dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Januari lalu, Kit Siang mengakui bukan menjadi kesalahan kepada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.
Mengulas lanjut kata Ramasamy, tanpa kehadiran Kit Siang, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.
“Kit Siang mungkin dalam pertengahan usia 70-an tetapi beliau sentiasa bersemangat untuk bertugas di seluruh negara dengan menyampaikan ceramah dan mengadakan sidang akhbar.
“Sekiranya DAP dianggap parti terkuat di dalam Pakatan Harapan, maka kredit perlu diberikan kepada Kit Siang,” katanya.
Tambah Ramasamy, rakyat negara ini memerlukan pemimpin yang layak, bertanggungjawab, jujur serta berani untuk menjadi Perdana Menteri dan individu tersebut adalah Kit Siang.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy
Sekianlah artikel Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang paling layak jadi PM – Ramasamy dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/kit-siang-paling-layak-jadi-pm-ramasamy.html