Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia

Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia
link : Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia

Baca juga


Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia



Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia

Kuala Lumpur –  Zuriani Tan Sri Khalid atau dikenali sebagai Ani Zonneveld yang menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum ini termasuk menjadi imam dan bilal wanita di masjid LGBTIQ, telah menubuhkan sebuah NGO cawangan Malaysia. 

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Muslims For Progressive Values USA (MPV-USA) menubuhkan cawangan MPV Malaysia di bawah nama Komuniti Muslim Universal (KMU). 

Ditubuhkan lewat 2015, Komuniti Muslim Universal (KMU) meletakkan 10 Prinsip yang diperjuangkan antaranya hak kesamarataan gender, pengasingan agama dan pentadbiran (prinsip sekular), serta penglibatan LGBTIQ. Afiq M Noor, Ani Zonneveld (MPV-USA) & Reem Sweid (MPV-Australia) 

Semasa Forum Majlis Pelancaran KMU Majlis Pelancaran Komuniti Muslim Universal diadakan di Hotel Federal Kuala Lumpur pada 14 hingga 15 November 2015. 

Majlis ini yang sepatutnya berlangsung di Hotel Swiss-Garden Kuala Lumpur, diubah ke lokasi Hotel Federal setelah terdapat ura-ura pelancaran NGO penuh kontroversi tersebut mendapat bantahan dari pelbagai pihak. 

Menamakan kumpulan COMANGO, Sisters In Islam dan IDEAS yang dipengerusikan oleh Wan Saiful Wan Jan sebagai rakan jaringan tempatan pada awal kemunculan KMU, majlis pelancaran tersebut menyaksikan kehadiran Ani Zonneveld (MPV-USA), Reem Sweid (Pengarah MPV-Australia) dan Saudara Afiq M Noor sebagai panel jemputan bagi forum bertajuk “Conference On Countering Radicalisme”. 

Forum tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Komuniti Muslim Universal, Aizat Shamsuddin. 

Mengenai usaha KMU menangani ekstremisme, Aizat Shamsuddin, yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata kepada sebuah portal, “Ekstremisme tidak hanya merujuk kepada keganasan fizikal.. ia termasuk menghalang kebebasan bersuara, menyebarkan kebencian sesama lelaki dan wanita, hidup di dalam masyarakat patriakal dan mengikut aturan agama dan percaya bahawa ianya akan membawa mereka ke syurga..” 

Visi dan Misi KMU ialah menyuarakan dan menekankan prinsip-prinsip asas dalam al-Quran dan al-Hadith seperti kesamarataan, kasih sayang, keadilan sejagat dan kehormatan manusia supaya pada akhirnya umat Islam akan merujuk sumber-sumber tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan. 

KMU juga dalam masa yang sama menegaskan, “Kami menyokong hak asasi dan sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transjantina, interseks dan queer. 

Kami menekankan komitmen kami untuk menghapuskan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina. 

Kami juga menyokong penuh kesamarataan dan penglibatan semua individu tanpa mengira orientasi seksual dan identiti jantina dalam kalangan masyarakat dan komuniti Muslim.”

 https://ift.tt/2nBrxtW


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia

Sekianlah artikel Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imam Wanita Masjid LGBT Buka Cawangan barunya di Malaysia dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/imam-wanita-masjid-lgbt-buka-cawangan.html

Subscribe to receive free email updates: