Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………

Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani…………… - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………
link : Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………

Baca juga


Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………


28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Rakyat Malaysia bukan Melayu dicabar menyatakan bahawa mereka tidak memperoleh apa-apa nikmat ketika negara diperintah kerajaan diterajui UMNO.
Cabaran ini dibuat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad selepas beliau melihat tidak ada siapa pun, hatta penyokong PAS, yang boleh menafikan sumbangan UMNO terhadap orang Melayu.
“Tiada siapa boleh menafikan sumbangan UMNO kepada orang Melayu, termasuk penyokong PAS. Jika tidak, di mana kita sekarang, termasuk saya?
“Malah, saya cabar rakyat Malaysia bukan Melayu jika mereka berani mengatakan bahawa mereka tidak menerima apa-apa nikmat daripada pemerintahan yang diterajui UMNO itu,” katanya.
Namun, katanya malang, apabila setelah lebih separuh abad berkuasa, pemimpin-pemimpin UMNO lupa daratan dan berebut kedudukan dalam parti, demi pangkat dalam kerajaan, dan kuasa untuk kepentingan diri.
“Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran berleluasa. Sekurang-kurangnya, itulah persepsi awam. Dalam UMNO, politik wang menjadi amalan. Ahli-ahli UMNO di bawah juga mengharapkan sogokan. Sel UMNO rosak dari atas ke bawah…orang Melayu pula telah hilang pedoman.
“Dalam perebutan kuasa itu, mereka bersengketa sesama sendiri dan berpecah-belah. Orang Cina melihat keadaan itu, membuat perkiraan, bersatu di belakang DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO dan menuntut lebih daripada apa yang mereka peroleh selama ini melalui MCA dan Gerakan, diikuti oleh orang India,” katanya.
Pada masa sama Abdul Hamid menggesa UMNO dan PAS mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya mengutamakan agama, bangsa dan negara, dalam mencorak hubungan kerjasama demi penyatuan bangsa Melayu dan Islam pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, dalam keadaan UMNO sekarang ini bersendirian, ia menjadi parti yang terlalu kecil untuk memberi impak secukupnya dalam suasana politik tanah air.
“Demikian juga PAS. Harapan untuk orang Melayu/Islam bersatu dalam satu parti tidak mungkin berlaku walaupun PAS adalah parti serpihan UMNO.
“Apatah lagi, selepas PRU14, PAS telah mula angkuh. Dalam UMNO pun terdapat pemimpin yang terang-terang tidak mahu ada kesepakatan dengan PAS. Itu belum mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen dan Adun di kedua-dua belah pihak. Mereka mempunyai kepentingan diri. Mereka takut kehilangan kedudukan masing-masing,” katanya menulis dalam blog beliau.
Beliau turut mengingatkan, selagi PAS dan UMNO kekal bersendirian dan bertanding antara satu sama lain dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih, keputusan seperti dialami pada PRU14 akan berulang.
“Itu yang PAS dan UMNO perlu sedar. Maka, demi agama, bangsa dan negara, pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS perlu mengetepikan kepentingan diri. Paling kurang, UMNO dan PAS perlu berkerjasama untuk mengelak pertandingan tiga penjuru atau lebih.
“Mula-mula, PRK Sungai Kandis nampak seperti satu permulaan yang baik. Tetapi, jika peratusan pengundi yang rendah yang keluar mengundi itu disebabkan oleh penyokong-penyokong PAS tidak keluar mengundi, kesimpulan yang saya boleh buat ialah ‘Malays never learn’.
“Jika beginilah keadaannya, saya khuatir, akan berpanjanganlah penguasaan DAP,” katanya. - ismaweb


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani……………

Sekianlah artikel Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani…………… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Ketua Hakim Negara cabar bukan Melayu jika berani…………… dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/bekas-ketua-hakim-negara-cabar-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: