UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong

UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong
link : UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong

Baca juga


UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong

RAZLAN memohon maaf di atas komen celupar yang dimuat naik menerusi akaun Twitternya berhubung kematian ADUN Balakong, Ng Tien Chee. - Foto NSTP


TERKINI: Razlan mohon maaf atas komen celupar


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii memohon maaf di atas komen celupar yang dimuat naik menerusi akaun Twitternya berhubung kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tengah malam tadi.
Beliau yang memuat naik ucapan takziah turut memohon maaf kepada keluarga mendiang selepas memadamkan tweet terdahulunya.
"Saya ucapkan takziah kepada Keluarga dan Bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang...Semoga tenang di sana...," katanya menerusi tweet yang dimuat naik pada jam 3.16 petang.
Awal pagi tadi, beliau memuat naik komen, "Matinya seorang yang suka Fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia!!! Kurang lagi kaki Fitnah! Aman Malaysia !! RIP" menerusi pautan Twitter Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming yang mengucapkan takziah di atas kematian Tien Chee.
Ekoran tweet itu, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh dikecam hebat kerana tergamak mengeluarkan kenyataan biadab tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mendiang.
Mangsa, Tien Chee atau dikenali sebagai Eddie Ng, 40, maut di tempat kejadian selepas kenderaan jenis Nissan Xtrail dipandunya dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga.
Beliau dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis makan malam di ibu negara. - BH 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong

Sekianlah artikel UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO patut HUKUM Razlan, Biadap Hina Kematian ADUN Balakong dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/umno-patut-hukum-razlan-biadap-hina.html

Subscribe to receive free email updates: