Judul : Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG
link : Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG
Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG
KUALA LUMPUR: Hari pertama perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan penyokong kerajaan, KS Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah keluar dewan dan digantung berkuat kuasa serta-merta.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, ketika mengeluarkan perintah mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) itu berkata ia berpunca daripada keengganan Ramkarpal menarik balik perkataan 'gengster'.
Mohamad Ariff bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai tempoh penggantungan susulan penggunaan perkataan berunsur biadap itu.
"Bentara, sila," katanya ringkas selepas Ramkarpal terus berdalih untuk menuruti keputusan Yang Dipertua dewan.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila Ramkarpal menggunakan perkataan gengster terhadap Pemuda UMNO yang dikatakan terbabit dalam insiden pergaduhan dengan mendiang ayahnya, Karpal Singh, beberapa tahun lalu.
Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang lantas bangkit memberikan reaksi daripada penggunaan perkataan gengster itu mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) supaya Ramkarpal menarik balik kenyataannya.
Peraturan itu menggariskan adalah menjadi kesalahan bagi ahli Dewan Rakyat yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, selepas didesak berulang kali bagi merungkai isu itu akhirnya bersetuju supaya Ramkarpal dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) diberi amaran serta mengarahkan supaya mereka menarik balik penggunaan perkataan samseng dalam ucapan.
Menyambung sidang Dewan Rakyat pada jam 2.30 petang, Bung Moktar akur terhadap keputusan berkenaan dan menarik balik perkataan samseng yang digunakannya terhadap R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong).
Ramkarpal bagaimanapun berdalih daripada menuruti arahan itu yang disifatkan 'tidak boleh dilakukan', tanpa menyatakan sebab keengganannya berbuat demikian.
Kegagalan Ramkarpal menarik menarik balik kenyataan itu meskipun diberi amaran kali kedua oleh Mohamad Ariff akhirnya menyebabkan keputusan drastik menggantung Ahli Parlimen DAP berkenaan terpaksa dilakukan.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG
Sekianlah artikel Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah Keluar Dewan, DIGANTUNG dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/ramkarpal-singh-ph-bukit-gelugor-diarah.html