PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu

PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu
link : PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu

Baca juga


PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu


SUDAH tiba masanya orang Melayu keluar dari kesempitan asobiah politik kepartian, dan berubah ke arah agenda politik yang lebih besar iaitu kepentingan Melayu dan Islam.
Bagi PAS, ahli PAS perlu buang rasa alergi dengan UMNO. Kesepakatan ini memerlukan sokongan dari ahli PAS sendiri, yang kemungkinan masih ada rasa elergi untuk bersepakat dengan UMNO.
Jika kita ambil contoh di Perak misalnya, sifat alergi dan keterikatan pada persepsi PAS UMNO adalah perkara jijik, ia telah mengundang padah apabila Perak jatuh ke tangan PH.
Bagi UMNO, ahli UMNO pula perlu menginsafi kesilapan UMNO sepanjang 60 tahun memerintah negara. Calon UMNO di Sg. Kandis perlulah cuba sedaya upaya memenuhi lima kriteria wibawa seperti yang telah digariskan oleh GPS, iaitu:
1. Mengangkat agenda Islam dan aspirasi Perlembagaan di Parlimen;
2. Memperjuang agenda Bumiputera;
3. Berintegriti, cekap dan mahir dalam urus tadbir;
4. Bebas dari pengaruh asing dan mempunyai agenda ummah dan perpaduan rakyat;
5. Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Tamadun Melayu.
Kesediaan untuk menerima dan berubah akan menjayakan lagi persepakatan PAS dan UMNO. Bahkan mereka perlu main peranan mencipta budaya politik baru ‘Melayu Islam Centric’.
Kesepakatan agenda perlu diterjemahkan dengan baik supaya dapat menjadi contoh dan ikutan orang Melayu. Selama berpuluh tahun, orang Melayu dipecahkan dengan label-label politik yang merugikan.
Bagi orang Melayu secara umum, kini sudah tiba masanya orang Melayu berpolitik berpandukan agenda besar Melayu Islam, bukan semata-mata diperguna demi undi dan survival parti politik semata-mata.
Atas dasar ini perlunya hadir dalam diri orang Melayu kesedaran dan kefahaman politik yang jelas, bukan semata-mata terikat dengan sentimen dan perasaan marah. Kerana sentimen dan perasaan boleh dimanipulasi dan ia tidak bertahan lama.
Orang Melayu perlu lebih cakna akan nasib anak cucu dan genarasi akan datang, bukan semata-mata kekenyangan perut pada masa sekarang namun survival mereka untuk kekal relevan dan kembali menguasai tanah Melayu pada masa depan.
Sungai Kandis merupakan ‘testing ground’ yang ideal bagi orang Melayu Islam kerana kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak tidak memberi penambahan atau pengurangan signifikan kepada jumlah kerusi kedua-dua belah pihak di DUN.
Justeru, ia boleh dijadikan medium bagi mengukur kadar kesepakatan orang Melayu Islam terhadap pengkhianatan PH.
Muslim Abdullah Zaik
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak semestinya mewakili pendirian rasmi CG


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu

Sekianlah artikel PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/prk-sungai-kandis-perlu-jadi-bukti.html

Subscribe to receive free email updates: