Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang

Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang
link : Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang

Baca juga


Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang



KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau berhubung hutang negara semasa pentadbirannya.

Menurutnya, kenyataan Dr Mahathir menyatakan bahawa hutang kerajaan pada 1980an dan 1990an adalah kurang dari RM 300 bilion atau sekitar 27 peratus KDNK negara pada waktu itu adalah tidak benar.

Tambah beliau, semakan dari data diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan mendapati jawapan perdana menteri adalah jauh tersasar dari fakta sebenar.

"Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh itu tidak melebihi RM 300 bilion namun apabila dibandingkan dengan KDNK, perdana menteri telah beri jawapan tidak benar dan mengelirukan dewan.

"Sebagai rekod, sepanjang tempoh pentadbiran kali pertama perdana menteri bermula 1981 hingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan pada tahun 1997 iaitu 31.9 peratus.

"Manakala rekod tertinggi dicatatkan pada 1986 iaitu 103.4 peratus berbanding KDNK. Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Tambah Shahril Sufian, beliau kecewa dengan tindakan perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana ia sepatutnya dijadikan ruang buat kerajaan menyatakan kebenaran.

"Apa dilakukan perdana menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27 peratus yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh ditafsirkan salah secara mutlak dan terang," ujarnya


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang

Sekianlah artikel Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO DAKWA Tun M kelirukan Dewan mengenai hutang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/pemuda-umno-dakwa-tun-m-kelirukan-dewan.html

Subscribe to receive free email updates: