Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator

Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator
link : Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator

Baca juga


Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator


Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy akan kembali ke Kabinet, 4 tahun selepas meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, jawatan diterimanya di bawah perjanjian dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber memberitahu FMT yang peguam itu akan dilantik sebagai menteri.

Difahamkan, Waythamoorthy yang genap 52 tahun hari ini, akan mengangkat sumpah sebagai senator esok, sebelum ke Istana Negara untuk upacara pelantikan menteri.

Waythamoorthy menjadi tumpuan media pada 2007 apabila beliau dan beberapa aktivis, termasuk abangnya yang juga peguam hak asasi, P Uthayakumar terbabit dalam protes besar-besaran anjuran Hindraf di Kuala Lumpur untuk memperjuangkan hak masyarakat India.

Protes itu dianggap pemangkin bagi “tsunami politik” pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Lima tahun kemudian, Waythamoorthy memeterai persefahaman dengan Pengerusi BN ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan dikritik abangnya, Uthayakumar.

Selepas BN meneruskan pemerintahan pada PRU 2013, Waythamoorthy dilantik sebagai sentor dan timbalan menteri, sebelum beliau meletak jawatan beberapa bulan kemudian pada awal 2014.

Beliau dilaporkan kecewa dengan kerajaan pimpinan Najib yang gagal memenuhi janji untuk menyelesaikan masalah masyarakat India.

Waythamoorthy terus menentang BN dan menemui Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2017 untuk menyuarakan sokongan dan membantu gabungan 4 parti itu berkempen pada PRU14. - FMT


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator

Sekianlah artikel Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua HINDRAF bakal terima Habuan jadi Menteri akhirnya, esok lantik jadi senator dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/ketua-hindraf-bakal-terima-habuan-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: