Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu

Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu
link : Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu

Baca juga


Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu


KEKEBALAN AHLI PARLIMEN
Umum berpandangan bahawa setiap ahli Parlimen kebal daripada undang-undang apabila mereka bercakap atas kapasiti wakil rakyat di Parlimen. Sebab itu ahli Parlimen sering dilihat bebas memperkatakan apa sahaja isu biar pun kadang-kadang tidak disokong dengan hujah yang tepat jauh sekali bukti.
Secara umumnya memang ahli Parlimen boleh bercakap, berbahas, berhujah akan apa saja tajuk dalam Parlimen, bagaimana kebebasan tersebut tertakluk kepada empat perkara seperti yang termaktub dalam Artikel 63 (4) Perlembagaan.
Artikel tersebut jelas menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang diucapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara menyentuh dan mempersoal berhubung:
1. Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,
2. Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
3. Artikel 181 tentang Raja-raja Melayu dan
4. Perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.
Jika seorang Ahli Parlimen secara jelas menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 atau hasutan di bawah Akta Hasutan, maka apa yang diucapkan pada sidang Dewan Rakyat yang boleh dikenakan tindakan di mahkamah.
Ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).
Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara mesti memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.
Akta Hasutan adalah akta terakhir (line of defence), di mana ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap Raja-raja malah ke atas kerajaan.
Kenyataan-kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu adalah tergolong pada maksud hasutan di bawah akta berkenaan.
Seperti yang dinyataka n di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - Malaysia Gazette


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu

Sekianlah artikel Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/ahli-parlimen-kebal-bercakap-di-dewan.html

Subscribe to receive free email updates: