Judul : Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi
link : Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi
Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum beri jaminan tarikh sebenar suami beliau, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibebaskan.
Namun, ujar beliau lagi, Yang di-Pertuan Agong sendiri sudah memaklumkan kepada mereka bahawa Baginda ingin perkara itu diselesaikan secepat mungkin.
“Memang kita diberitahu bahawa Tuanku Agong, bila saya sendiri pergi menghadap Tuanku Agong, Baginda memang mahukan pengampunan ini berlaku secepat mungkin.
“Kita tidak tahu jangka masa bila dilepaskan tetapi kita jangka secepat mungkin dalam seminggu… saya tidak tahu, tetapi kita akan kaji tentang peraturan penjara, siapa punyai kuasa untuk lepaskan saudara Anwar,” katanya kepada wartawan selepas melawat Datuk Seri Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini hari ini.
Dr Wan Azizah berkata, pengampunan itu penting bagi membolehkan Datuk Seri Anwar mengambil bahagian secara langsung dalam persada politik Malaysia.
Terdahulu, beliau sempat memberitahu media bahawa Anwar amat gembira kerana Upacara Angkat Sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7 berlangsung dengan aman.
Kata Dr Wan Azizah lagi, Datuk Seri Anwar juga gembira kerana satu demi persatu kerajaan negeri Pakatan Harapan tertubuh, walaupun terdapat sedikit pergolakan di beberapa negeri. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi
Sekianlah artikel Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah: Anwar "Mungkin" Di Bebas Dalam Masa Seminggu Lagi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/wan-azizah-anwar-mungkin-di-bebas-dalam.html