Judul : [USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan?
link : [USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan?
[USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan?
TAMPIN - Permintaan ahli Umno supaya presidennya, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan bukanlah perkara baharu malah sudah diusulkan sejak tiga tahun lalu berikutan kegagalan pemimpin itu menangani isu dibangkitkan akar umbi.
Ketua Pemuda Bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad berkata, pihaknya sebulat suara menerima dan meluluskan usul berkenaan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Tampin 2015 termasuk atas isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketirisan dan rasuah, perbelanjaan di luar kawalan dan kos sara hidup masyarakat yang semakin tinggi.
"Bagaimanapun, pada masa itu, Pemuda Umno Tampin dihina, dicaci dan dipertikaikan kesetiaan kepada parti. Namun, kita tidak pernah patah semangat dalam memperjuangkan nasib masyarakat terutamanya nasib masyarakat di Tampin dengan membawa usul kepentingan untuk membantu mengatasi masalah kos sara hidup yang makin tinggi.
"Setelah semua ini berlaku (keputusan PRU14), banyak kenyataan dikeluarkan meminta Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sedangkan kita sendiri di sini (Pemuda Tampin) mengusulkannya hampir tiga tahun lalu. Kenapa sekarang setuju Datuk Seri Najib meletak jawatan setelah kita dihukum dalam gelombang rakyat PRU14 ini?," katanya.
Ridzuan berkata, walau apa pun cabaran yang terpaksa dihadapi Pemuda Tampin, masih ramai lagi pemuda yang setia dengan parti dan mengharapkan supaya Umno dapat dijenamakan semula.
"Saya tak keluar dari parti, masih dengan parti kerana saya sayangkan Umno dan mahu melihat rakyat kembali percaya kepada Umno.
"Saya sayangkan parti bukan individu tertentu dan ini sudah kami tunjukkan terlebih dahulu, namun mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan ahli parti sendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.
Pada 16 Ogos 2015, usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli
yang hadir.
Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah
sampai bila-bila”.
Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.
Usul tergempar itu diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas usul berkenaan tidak mendapat perhatian serius, Azman bertindak nekad keluar dari parti dan menyertai Bersatu.
SEMASA TUN TEGUR DULU TAK ADA SEORANG PUN YANG AMBIL PEDULI, SEKARANG BILA DAH KALAH DALAM PRU14, BARU NAK MELETING MENDESAK NAJIB MELETAK JAWATAN.
SELEPAS TUN MENEGUR, MUKA MUKA INILAH ANTARA YANG MENGHENTAM TUN, LEBIH LEBIH LAGI KETUA PEMUDA UMNO KEDAH DENGAN LANTANG MENGHENTAM TUN, LIHAT SEKARANG APA SUDAH TERJADI ?
INI BERMAKNA APA YANG TUN CAKAP DULU SUDAH JELAS DAN NYATA, 'HANYA ORANG BODOH SAJA YANG MASIH BERSAMA UMNO'
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel [USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan?
Sekianlah artikel [USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [USUL 3 TAHUN DULU] Kenapa sekarang sepakat Najib letak jawatan? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/usul-3-tahun-dulu-kenapa-sekarang.html