UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !

UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !
link : UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !

Baca juga


UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !


Selepas gagal mempertahankan Putrajaya, kini UMNO bakal berhadapan dengan satu lagi saat getir yang memungkinkan parti itu diharamkan. 

Ia berlaku jika Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengguna pakai standard yang sama terhadap UMNO seperti dilakukannya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) beberapa hari menjelang PRU14.

UMNO. parti komponen paling dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu sepatutnya diisytiharkan sebagai parti haram menjelang 19 April 2018 yang lalu. 

Berdasarkan peraturan RoS sepatutnya menggunakan penguatkuasaan yang saksama terhadap semua parti politik untuk mengadakan mesyuarat mengikut masa ditetapkan, seperti disyaratkan oleh perlembagaan mereka.


Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini melaporkan bahawa pemilihan parti itu akan hanya diadakan sehingga 19 April tahun depan.



Tengku Adnan berkata RoS meluluskan permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan parti itu selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.

Namun tarikh akhir untuk pemilihan peringkat bahagian dan majlis tertinggi UMNO ialah 19 April tahun ini kerana kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah 19 Oktober, 2013.


Mengikut perlembagaan UMNO, ditetapkan di bawah Klausa 9.3, majlis tertinggi disyaratkan mengadakan pemilihannya dalam tempoh tiga tahun, atau sebelum 19 Oktober, 2016.

Lanjutan berikutnya 18 bulan dibenarkan di bawah Klausa 10.16 perlembagaan parti itu.


Menjelang 19 April tahun ini, jumlahnya ialah 54 bulan sejak UMNO mengadakan pemilihan terakhirnya, had mutlak yang dibenarkan oleh perlembagaan parti itu.



Sepatutnya bahagian UMNO dan majlis tertinggi akan menyalahi undang-undang di bawah perlembagaan mereka, seperti dinyatakan di bawah Klausa 10.16,

Adakah RoS akan menggunakan piawaian yang ketat terhadap UMNO seperti yang dilakukan terhadap PPBM, walaupun PPBM mematuhi perlembagaannya.

Namun RoS memaklum ada perkara yang tidak kena sebagai alasannya untuk terus menyiasat PPBM.

Pengarah RoS Surayati Ibrahim sebelum ini berkata siasatan dibuat berkenaan dakwaan mesyuarat agung tahunan PPBM pada 30 Disember tidak sah dan melanggar perlembagaan parti.

Itu senario yang berlaku, namun selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia kemungkinan besar senario ini akan berubah.

Ada laporan RoS diarahkan mengambil tindakan terhadap UMNO, sama seperti yang mereka lakukan terhadap PPBM. Jika sebelum ini, mungkin RoS akur dengan arahan pihak kerajaan BN namun kali ini ia jauh sekali berbeza.

Jika ini berlaku, kemungkinan besar UMNO sekali lagi akan diharamkan sama seperti yang terjadi pada tahun 1988 dulu.

Andai UMNO diharamkan, maka semua calon-calon mereka yang bertanding PRU14 juga akan terbatal dan kemenangan berpihak kepada calon lawan yang mendapat undi kedua tertinggi. 

Ini sesuatu yang menarik untuk kita saksikan sebenarnya. Apapun, kita lihat apakah tindakan RoS dalam masa terdekat ini. #PDO


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi !

Sekianlah artikel UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Mungkin Di Haramkan Dan Semua 'Calon Yang Menang' Bakal Kehilangan Kerusi ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/umno-mungkin-di-haramkan-dan-semua.html

Subscribe to receive free email updates: