Judul : (TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS
link : (TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS
(TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS
Politik adalah aktiviti yang berpijak di atas realiti.
Jika BN menang, bagaimanakah nasib PAS selepas 9 Mei 2018? Sebagai sebuah parti politik, sebagai sebuah gerakan dakwah, dan sebagai rakyat Malaysia?
Jika PH menang, bagaimanakah nasib PAS selepas 9 Mei 2018? Sebagai sebuah parti politik, sebagai sebuah gerakan dakwah, dan sebagai rakyat Malaysia?
JIKA BN MENANG
Sebagai rakyat Malaysia, seandainya BN menang, kita semua akan sama-sama menanggung kesusahan ekonomi, dan serba serbi masalah yang telah BN lakukan sebagai sebuah kerajaan. Kita tidak pedulikan sangat manifesto BN, sebab ‘report card’ BN lebih jelas pada menyuarakan siapa mereka.
Masalah akhlak, masalah pendidikan, masalah keselamatan, masalah pelaburan asing, masalah hutang negara, masalah kebebasan bersuara, masalah sekolah agama rakyat, masalah korupsi mega negara, semuanya akan ditanggung oleh kita bersama. Seteruk sekarang, malah berkemungkinan besar semakin teruk, tidak mungkin bertambah baik.
JIKA PH MENANG
Seandainya PH menang, peluang untuk membuat perubahan, terbuka luas. Kemenangan PH adalah untuk lima tahun. PH tidak mempunyai masa yang banyak untuk buat yang bukan-bukan. Setelah rakyat Malaysia membuktikan yang mereka mampu menukar BN kepada PH pada tahun 2018, tentu sahaja peluang untuk menukar PH kepada kerajaan lain pada tahun 2023 nanti menjadi lebih mudah.
Menukar kerajaan, bukanlah seperti bersunat, yang sudah tidak boleh ‘undo’.
Ia hanya untuk lima tahun.
Di bawah kerajaan BN, adakah PAS akan bernasib lebih baik? PAS dan perjuangannya mempunyai idea-idea yang lebih banyak persamaan dengan PH berbanding BN. Saya yakin kerajaan Pakatan Harapan akan memberi lebih banyak peluang untuk PAS berkembang. Sekatan dan kawalan media, tekanan ke atas pembangkang, nasib PASTI dan sekolah agama rakyat, nasib guru-guru agama, dan kebebasan bersuara, semuanya menjadi lebih baik di bawah kerajaan Pakatan Harapan, sebagaimana yang telah sedikit sebanyak dibuktikan di Selangor dan Pulau Pinang.
Dendam? Tiada dendam.
PH sudah menunjukkan keterbukaannya pada pengagihan kerusi calon. PH sudah menunjukkan keterbukaannya pada penetapan logo PKR sebagai logo bersama. PH sudah membuktikan keterbukaannya untuk mengeringkan luka dan cedera politik, untuk menerima tokoh-tokoh yang dahulunya ada seteru politik yang tegar. PH sudah membuktikan keterbukaannya untuk membelakangkan sentimen ahli, kepentingan parti, kepentingan peribadi, semuanya demi negara. Sudah tentu terhadap PAS, tiada sebarang dendam kerana apalah sangat perseteruan lima tahun ini jika dibandingkan dengan kepentingan negara yang sangat penting itu.
Jika PAS pada tahun 2018 ini berada dalam keadaan yang lemah, di bawah Pakatan Harapan PAS akan mendapat nikmat yang lebih besar untuk bergiat dan mengukuhkan parti.
Tetapi jika PAS gagal membentuk kerajaan dan BN pula terus berkuasa, persepsi akan menjadi sangat kuat pada menyalahkan PAS, dan ia sangat tidak sihat untuk PAS sama ada sebagai parti politik, mahu pun sebagai sebuah gerakan dakwah.
Berfikirlah secara realistik pada dua hari terakhir ini, dan jangan terbuai oleh pemikiran yang idealistik.
Secara realistiknya, PAS tidak akan membentuk kerajaan.
Jika sayangkan PAS, rebutlah peluang Malaysia baharu di bawah Pakatan Harapan, untuk memajukan PAS di dalam sebuah negara yang lebih baik. Alangkan hak minoriti lain pun, Pakatan Harapan mahu beri pembelaan, apatah lagi hak PAS sebagai sebuah parti dan gerakan dakwah yang jasanya sudah terpahat di dalam sejarah negara kita.
Nasib PAS lebih baik di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
Sayangi PAS, teruskan perbaiki dan membangunkan PAS.
Undilah Pakatan Harapan.
Undi anda adalah rahsia.
sumber: Setia Dengan Kebenaran
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel (TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS
Sekianlah artikel (TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (TETAPKAN PENDIRIAN) Undi PH jika sayangkan PAS dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/tetapkan-pendirian-undi-ph-jika.html