Judul : Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik
link : Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik
Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik
Tengku Abdullah bertitah kehadiran baginda di beberapa program bukan bertujuan untuk mencampuri urusan politik di negeri ini, tetapi lebih kepada untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perjalanan kempen pada PRU kali ini.
"Tepuk dada tanya selera, jangan salah makan nanti sakit perut - makanlah yang baik, undilah dengan baik," titah baginda sewaktu merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Bongsu, Lanchang, dekat sini hari ini.
Turut berangkat hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis turut dihadiri calon BN bagi kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Tempatan Datuk Seri Mohamad Mentek.
Baginda menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di peringkat negeri, yang menjayakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.
"PPR di Kampung Bongsu adalah satu manifestasi agenda pembangunan negara dalam mensejahterakan rakyat, di seluruh negara, ia membabitkan pembinaan 118 projek dengan perbelanjaan RM6 bilion yang memanfaatkan 83,000 keluarga."
"Di Pahang sahaja ada 36 projek, saya berpandangan kejayaan ini adalah manifestasi peranan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat," titah baginda.
Tengku Abdullah juga menyarankan supaya lebih banyak projek PPR dilaksanakan di seluruh Pahang termasuk di DUN Mentakab dan Kuala Semantan di bawah Parlimen Temerloh dan berharap ia dilaksanakan segera.
"Saya difahamkan ada lebih 187,000 golongan B40 dan mereka ini memerlukan kediaman selesa...kita perlu projek PPR di DUN Mentakab serta Kuala Semantan, saya berharap perkara ini dapat diluluskan segera," titah baginda.
Sementara itu Mohd Sharkar berkata, PPR Kampung Bongsu di Lanchang akan dibangunkan di atas tanah kerajaan berkeluasan 20 hektar dengan pembinaan 500 unit rumah.
Katanya, lima unit rumah dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) selain turut dibangunkan sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan kedai.
Beliau berkata, setiap unit PPR berharga RM35,000 dan kerajaan akan memberi subsidi RM160,000 bagi setiap rumah. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik
Sekianlah artikel Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/tengku-abdullah-undilah-mereka-yang.html