Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan"

Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan" - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan"
link : Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan"

Baca juga


Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan"


PRU14 | Sebarang tindakan seperti amaran atau 'buang' tidak akan dapat mengubah mereka yang sudah membuat keputusan apatah lagi tinggal beberapa hari lagi menjelang PRU ke-14, kata bekas menteri Syed Hamid Albar.
"Sekarang untuk bagi amaran ke, buang ke...(mereka) tidak peduli atau takut. Mereka sudah membuat ketetapan...Kini soal hati dan akal.
"Tiada penjara yang dapat menyekat keputusan," katanya di Twitter hari ini.
Syed Hamid tidak merujuk mana-mana pihak secara jelas tetapi ia dibuat sehari selepas tiga tokoh Umno dikenakan tindakan disiplin kerana dilihat menentang parti itu.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti itu memutuskan untuk membuang Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz, serta menyiasat Tan Sri Rais Yatim.
Selain Daim, Rafidah, Rais dan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Syed Hamid boleh dianggap veteran Umno terbaru yang dilihat bertentangan dengan kepimpinan semasa parti itu.
Selain kenyataan di Twitter, beliau juga mengeluarkan surat terbuka hari ini menggesa rakyat Malaysia untuk mengundi mereka yang "bertintegriti, dihormati dan telus" dan "menumpaskan penipuan, pembohongan dan pemalsuan".
"Sebagai pengundi, kita tidak patut membantu mereka yang sudah sedia kuat...Pada 9 Mei nanti, marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia, mengundi dengan hati yang ikhlas untuk perubahan yang positif," katanya dalam surat itu.
Kenyataannya di Twitter turut menggesa perkara sama iaitu agar rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 9 Mei ini untuk masa depan di mana setiap kaum dapat bersatu.
"Pilih pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan berakauntabiliti. Undi dengan ikhlas untuk perubahan," katanya lagi.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan"

Sekianlah artikel Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Hamid BERSUARA, "Tiada PENJARA Dapat Keputusan" dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/syed-hamid-bersuara-tiada-penjara-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: